1.0
Definisi
Penumpuan ( Attention)
Kita boleh memetik definisi penumpuan
yang diketengahkan oleh William James (1890)
iaitu penumpuan itu adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu
pada satu perkara pada satu masa. Penumpuan itu juga adalah terpilih sifatnya
kerana manusia boleh memilih satu tumpuan pada satu perkara dan penumpuan itu
juga adalah berkait rapat dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi
yang kita sedar dalam apa juga masa. Malahan William James juga menekankan
kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep sukar untuk diukur kerana
ia berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses automatic kognitif.
Penumpuan juga
mungkin boleh diungkapkan sebagai perhatian yang bertugas memberikan tumpuan
terhadap tugas mental dengan mengetepikan rangsangan lain yang mengganggu. Ia
turut membawa konotasi pada kesediaan
menerima maklumat tertentu, contohnya arahan supaya individu memberikan
perhatian pada satu pengumuman penting. Meskipun berbeza pemahaman dan dalam
konteks sedikit berbeza, namun asasnya tetap sama iaitu penumpuan adalah
sebahagian daripada aktiviti mental yang ada kaitan dengan pengkategorian,
pembentukan konsep, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Dinamiknya,
penumpuan dapat diperolehi dengan cara memfokuskan perhatian kita terhadap
sesuatu rangsangan. Pemilihan berlaku berdasarkan perkara-perkara penting yang
diperlukan pada ruang dan masa tertentu
1.1
Dimensi
Attention ( Tumpuan )
1.
Keluasan Tumpuan – berkait rapat dengan bilangan stimulus yang
diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa
dari sempit kepada luas.
Contoh: penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan
menilai pergerakan lawan.
2.
Arah Tumpuan –
merujuk kepada tahap dimana individu mengarahkan tumpuannya sama ada
ke dalaman (perasaan & pemikiran) atau luaran (tindakan
terhadap sitimulus).
Contoh: penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut
dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat.
1.2
Keluasan dan Stail Tumpuan:
Ø Luas luaran
Ø Luas dalaman
Ø Sempit luaran
Ø Sempit dalaman
Keluasan Tumpuan berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan
tumpuan atau tumpuan yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa. Ia
berkisar dari sempit kepada luas
Arah Tumpuan merujuk
kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalam atau keluar. Dalaman pula adalah arah tumpuan kepada
perasaan serta pemikiran manakala luaran memberi tumpuan yang terdapat di
persekitaran dan di luar dirinya
1.2.1 Masalah berkaitan dengan tumpuan
1. Terlalu memikirkan @ memberikan
tumpuan kepada apa yang telah berlaku
2. Terlalu memikirkan tentang apa yang
akan berlaku
3. Memberikan tumpuan kepada terlalu
banyak “kiu” di persekitara.
4. Terlalu menumpukan perhatian kepada
mekanik @ proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dengan baik
5. Gugup jika tertekan
6. Kepenatan / keletihan
7. Gangguan luaran
1.2.2 Faktor menyumbang kepada kehilangan tumpuan
Faktor-faktornya termasuk kepentingan
pertandingan itu sendiri, saat kritikal dalam sesuatu perlawanan dan penilaian
ke atas pemain yang dilakukan.
1.3
Faktor Penyumbang Kehilangan Tumpuan Dalam
Sukan
Masalah
hilang tumpuan merupakan satu istilah yang sering digunakan untuk menjelaskan
keadaan di mana seorang pemain atau atlet gagal membaca gerakan lawan atau
melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Terdapat beberapa faktor
penyumbang kepada fenomena hilang tumpuan ini.
1.
Kepentingan Pertandingan
Sekiranya sesuatu pertandingan atau perlawanan itu dianggap penting, ia sedikit sebanyak akan memberikan tekanan kepada seseorang pemain. Kepentingan dan tekanan bermain di peringkat separuh akhir atau akhir, biasanya lebih tinggi dari perlawanan pada peringkat awal. Tekanan yang keterlaluan akan menyebabkan pemain mudah hilang tumpuan.
2.
Saat kritikal dalam sesuatu pertandingan.
Saat kritikal dalam sesuatu pertandingan
juga boleh menyebabkan seseorang pemain hilang tumpuan. Contohnya, seorang
pemain yang akan mengambil tendangan penalti bagi memastikan kejayaan
pasukannya. Kita sendiri pernah melihat bagaimana pemain terkemuka seperti
Roberto Bagio, David Beckham, Rooney dan ramai lagi gagal menyempurnakan sepakan
penalti. Satu contoh yang paling jelas ialah semasa tendangan penalti untuk
menentukan pemenang Liga Juara Eropah 2007/2008 di antara Manutd dengan
Chelsea. Penendang terakhir Chelsea, John Terry gagal menyempurnakan sepakan
penalti. Ekorannya, Manutd muncul juara dalam kejohanan tersebut. Tekanan pada
saat kritikal ini boleh menyebabkan seseorang pemain mudah hilang tumpuan.
3. Penilaian
ke atas pemain.
Penilaian ke atas pemain yang dilakukan sama ada oleh jurulatih, pihak pengurusan, rakan sepasukan mahupun penonton dan peminat. Seseorang pemain akan berasa tertekan sekiranya mereka tahu bahawa prestasi mereka sedang dinilai dan hasil penilaian tersebut diumumkan kepada pengetahuan ramai. Justeru itu, mereka mungkin akan mengambil sikap terlalu berhati-hati sehingga menjejaskan tumpuan dan prestasi mereka. Contohnya, pemain badminton ranking nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kalah kepada pemain bukan pilihan pada terbuka Jepun baru-baru ini. Contoh lain seperti David Beckham yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah liga bola sepak Amerika, prestasinya sentiasa dinilai serta mendapat perhatian ramai. Tekanan yang diterima oleh Beckham menyebabkan beliau kadang-kadang hilang tumpuan kepada perlawanan. Bagi pemain yang mendapat tekanan seperti ini, tumpuannya lebih kepada pergeserannya dengan pihak pengurusan, media dan peminat.
1.4 Cara atasi masalah tumpuan
1.
Cuba
paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
2.
Cuba
cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar
seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
3.
Belajar
di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam
bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi
4.
Sebelum
belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis,
nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air
terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan
terganggu.
5.
Salah
satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji
ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
6.
Jadual
waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6
bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau
‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang
hampir.
7.
Pastikan
perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil
merangkumi topik dan subtopik.
8.
Melatih
diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan
oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.
9.
Pastikan
anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
10.
Sekiranya
mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti
dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas
yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua
habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
1.5 Teori Kapasiti Penumpuan
Kahneman’s
Teori ini merupakan satu contoh teori
penumpuan moden yang terbaik dalam
sumber utama teori penumpuan yang diutarkan oleh Kahneman’s (1973) yang
sekaligus adalah suatu kesinambungan untuk mempengaruhi pandangan umum tentang
penumpuan. Dalam teori ini yang menggunakan model kapasiti, ditekankan bahawa
kapasiti manusia sememangnya adalah terhad dalam ruang perkongsian utama minda
/ akal yang fleksibel. Ringkasnya, Kahneman’s menegaskan jumlah ruang untuk
penumpuan boleh berubah bergantung kepada keadaan yang berkait dengan :
i.
Tahap
rangsangan pada individu.
ii.
Tugasan
yang menuntut penumpuan.
iii.
Keadaan
yang tidak sengaja pada
perkara-perkara asing / ganjil
dan keadaan yang memilih satu-satu situasi.
Kahneman’s berminat
mengaitkan contoh aspek ini dengan generator elektrik yang berbeza kapasiti
tenaga mempunyai fungsi yang turut berbeza. Analoginya juga di sini, setiap
individu mempunyai IQ yang berbeza tahapnya dan kit perlu membuat pengukuran
yang berbeza-beza.
Bandingannya lagi,
generator elektrik juga boleh membekalkan tenaga elektrik dalam kadar banyak
yang ditetapkan tetapi kalau permintaan kuasa voltan terlalu tinggi, maka
mungkin akan berlaku litar pintas atau renjatan elektrik. Rajah di bawah
memperlihatkan mengenai Model Kapasiti Penumpuan Kahneman’s.
Rajah
1 Model Penumpuan Kahneman’s
1.5.1 Model
Kemampuan Terbatas dan Keautomatisan
Pandangan berasaskan model kapasiti kemudiannya
diperkembangkan dan diperhalusi pula oleh Norman dan Bobrow (1975) dengan
mengambil kira 2 batasan.
i.
Prestasi
dalam sesuatu tugas tidak mungkin diperbaiki kerana prestasi itu sendiri sudah
sampai ke tahap optimum. Contohnya, kebanyakan orang dewasa tidak meungkin
memperbaiki kepantasan mencampur 2 angka satu digit walaupun dengan penambahan
usaha. Ini digelar sebagai batasan
data.
ii.
Jika
prestasi tugas masih boleh diperbaiki dengan menambahkan usaha atau sumber yang
ada, batasan tersebut dinamakan sebagai
batasan sumber. Walaupun kelihatan seperti mudah, dikotomi ini mepunyai
beberapa implikasi dari segi analisis prestasi tugas. Model ini dilihat telah
menghuraikan hasil kajiannya menggunakan pendekatan pemprosesan maklumat.
iii.
Dengan
model ini, setiap tugas dianggap melibatkan sekumpulan proses kognitif yang
memerlukan sumber penumpuan terbatas yang diagihkan kepada beberapa tugas lain.
Anggapan ini dianggap penting kerana prestasi tugas biasanya tidak tergendala
dengan tiba-tiba tetapi perlahan-lahan menurun dengan munculnya tugas saling
bersaingan. Situasi ini mencadangkan sumber penumpuan boleh dikuantiti dan
beberapa tugas, sekiranya dilaksanakan serentak, saling bertanding dalam
menggunakan sumber pemprosesan maklumat yang wujud dalam jumlah agak tetap.
1.5.2 Perkaitan Penumpuan
Dalam Psikologi Sosial
Terdapat beberapa gangguan jiwa / mental
yang mempengaruhi kesusutan tahap penumpuan pada seseorang individu sama ada
muda, dewasa mahupun tua.
Gangguan angin
dwipolar ( orang dewasa / remaja ) Turut dikenali sebagai psikosis kemurungan
manik iaitu sejenis gangguan angin yang dicirikan oleh angin yang berubah.
Gangguan ini biasanya bermula di masa
remaja atau pada awal masa dewasa dan
berterusan sepanjang hayat.
Tanda awal penyakit
ini ialah memperlihatkan tahap tenaga yang tinggi, kemurungan yang berlebihan atau keadaan
meragam dan kelakuan yang mengikut gerak hati atau yang tidak menghiraukan.
Gabungan daripada simptom di atas akan menyebabkan daya penumpuan yang bertahap
rendah dan sikap murung terhadap
kehidupan. Ini boleh membawa kepada peningkatan dalam risiko untuk cuba
membunuh diri.
1.6 Teori Filter
Broadbent’s
Wujud beberapa teori yang berkait rapat
dengan kajian penumpuan termasuklah
Teori Filter Broadbent’s. Teori ini adalah teori yang pertama pada tahun
1958. Teori ini menghasilkan model yang dibina melalui eksperimen ‘Dichotic Listening’ yang berkait rapat
dengan teori Saluran Tunggal. Ia juga
memperlihatkan tentang pemprosesan maklumat manusia yang dihadkan oleh kapasiti saluran, yang berfungsi
memilih dan menapis maklumat yang terlalu banyak masuk dan mendaftar dalam
kognitif melalui deria-deria manusia.
Teori ini amat
menegaskan tentang tahap penumpuan yang berbeza berdasarkan situasi atau rangsangan dan bergantung pada
sejauhmanakah manusia bertindak balas pada satu-satu situasi itu. Jika tahap
penumpuan adalah secara mutlak, maka tahap kepekaan menjadi amat tinggi.
Terdapat 2 konsep utama penumpuan
terpilih iaitu :
i.
Elemen
Perkongsian Masa (The Elements of Time Sharing) Menyambung proses maklumat dari
satu situasi ke situasi lain.
ii.
Elemen
Kemampuan Kapasiti
Kapasiti
minda (proses maklumat ) terhad tetapi semua rangsangan boleh diproses ke satu
tahap secara sehala.
1.6.1 Model Perkongsian
Masa
Teori Filter Broadbent’s adalah salah
satu teori terpilih yang merupakan teori yang berpengaruh dalam kajian penumpuan
yang bersifat satu saluran dan perkongsian masa. Dilihat pada model di bawah,
dapatlah kita tafsirkan perkaitan penumpuan dengan konsep perkongsian masa
dalam teori ini.
Rajah
2 : Teori Filter Boardbent’s
Bagi Broadbent’s, apa
yang kita panggil sebagai ingatan jangka pendek adalah suatu kapasiti saluran
yang terhad, cuma menerima jumlah maklumat terhad dalam masa tertentu tanpa
berlebihan. Dalam ingatan jangka pendek ini, seandainya maklumat itu bermakna,
maka maklumat akan beralih melalui saluran itu kepada sistem yang memberi makna
dalam ingatan jangka panjang. Jelasnya
di sini, teori Penumpuan Perkongsian. Masa membuktikan tentang wujudnya sistem
persepsi manusia yang terhad, yang hanya berupaya untuk meletakkan satu input bermakna
dalam satu masa dan menekankan konsep perkongsian masa. Input rangsangan boleh
mengekori secara pantas apabila penumpuan beralih dari segi kandungan atau isi
input.
Agak jelas, tidak
semua rangsangan yang didaftarkan oleh
organ deria manusia mendapat perhatian. Kebanyakan daripadanya berlalu tanpa
disedari langsungl. Ini kerana pada asasnya, manusia tidak mempunyai keupayaan
menerima, memahami dan menganalisis kesemua rangsangan. Satu daripada cara
manusia menghadapinya ialah dengan memilih secara selektif
rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat memberi makna dalam hidup, yang
membolehkan ia mempelajari sesuatu dan akan memberi satu pengalaman yang
berlainan daripada biasa. Manusia hanya memberikan penumpuan yang terpilih
kepada sesetengah rangsangan / input sahaja.
1.7 Kesimpulan
Sesungguhnya sistem kognitif dalam minda
manusia adalah amat kompleks. Ciptaan manusia sememangnya tidak dapat
menandingi kehebatan minda iptaan Tuhan. Manusia sendiri tidak berupaya
memberikan penumpuan kepada semua rangsangan yang memasuki daerah sistem deria
dan kognitifnya. Untuk manusia mempersepsikan sesuatu dengan sebaiknya dan
lebih bermakna, manusia harus membuat pemilihan yang tepat.
Ini adalah suatu
perhatian terhadap sesuatu fenomena. Lazimnya manusia akan hanya dapat
memberikan penumpuan mutlak kepada satu bentuk rangsangan yang didaftarkan oleh
satu organ deria. Hanya terdapat satu rangsangan sahaja akan berlaku dalam keadaan sedar dan satu lagi
berkemungkinan besar dalam keadaan separa sedar. Kajian demi kajian
mentafsirkan bahawa realistik keupayaan manusia untuk mengagihkan dan
menggunakan sumber perhatian yang terbatas. Menggunakan eksperimen penumpuan
terbahagi, manusia perlu memberikan
penumpuan terhadap beberapa tugas berbeza. Akan tetapi, melalui pendekatan penumpuan
terpilih pula, manusia perlu untuk memberikan penumpuan kepada hanya satu
tugasan.
No comments:
Post a Comment