PEMBELAJARAN MOTOR
1.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor
Pembelajaran motor
Definisi
Bidang pengajian
pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan
prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan
latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan
organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.
Ciri-ciri Pembelajaran Motor
v  adaptasi
& atasi ciri persekitaran.
v  menyusun
semula pergerakan asas.
v  perubahan
kekal tingkahlaku kumpulan otot besar.
v  perubahan
kerana latihan.
v  Penguasaan
kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa.
v  Dapat
melakukan kemahiran yang  baik pada awal
pembelajaran.
v  Selepas
latihan, kemahiran akan dikuasai dengan sempurna.
Kemahiran motor  
Kebolehan melakukan
sebarang kemahiran bagi menghadapi persekitaran
yang tidak menentu
dan kemahiran diguna secara maksimum dengan masa
dan tenaga
(keupayaan) yang minimum.
Definisi
v  E.R.
Guthrie  - melakukan sesuatu dengan
ketentuan (certainty)  yang maksimum dan
penggunaan tenaga & masa  yang
minimum.
v  Robb        -  tugas fizikal & mental yang memberi  kecekapan manipulasi.
-  mencapai objektif yang ditentukan awal (pre-
determined            objectives).
                                    -  pergerakan mahir
hasil dari usaha &  kesedaran.
v  Welford      -
satu aktiviti yang disusun & dikoordinasi bagi  mencapai objektif    dengan melibatkan seluruh  jalinan sensori, mekanisme sistem saraf pusat
dan motor.
v  Knapp      -     kebolehan
yang dipelajari dengan keputusan yang ditentukan.
-        mempunyai ketentuan maksimum dengan kegunaan
tenaga  dan  masa.
       Ciri-ciri Kemahiran Motor
v  koordinasi sistem saraf pusat dan mekanisme motor.
v  menentukan objektif terlebih awal (pre-determined
objektives).
v  Ketentuan. 
1.2  Teori - Teori  Pembelajaran Motor
- Teori Pelaziman Klasik
     (Pavlov)
 
Ø  Spontan dan semula jadi.
Ø  Peneguhan adalah  negatif.
Ø  Ujikajinya adalah untuk mengetahui sama ada tindakbalas
yang dihasilkan adalah secara sendiri atau tidak
Ø  klasik = kekerapan rangsangan yang sama supaya gerakbalas
spontan yang diingini terhasil.
- Teori Pelaziman Operan
     (BF Skinner)
 
Ø  Operan mengatakan pembelajaran tingkah laku yang dapat
diramal dan dikawal.
Ø  Tingkah laku yang wujud dari satu set lakuan yang telah
ditetapkan.
Ø  Setiap lakuan yang dibuat diberi peneguhan yang positif seperti
ganjaran.
Ø  Set lakuan yang dikawal.
Ø  Peneguhan pada respon adalah kritikal.
Ø  Ulangi respon.
- Teori Perhubungan
     Thorndike
 
Ø  Pembelajaran sebagai proses cuba jaya.
Ø  Perubahan biologi dalam sistem saraf.
Ø  Teori Bond dan rangsangan-gerakbalas (R - G)
Ø  Gerak balas yang dikehendaki diulang  dan dirangsang sekerap sehingga menjadi automatik.
Ø  Pembelajaran disebabkan tiga peraturan berikut :
·        
melalui Hukum
Kesediaan, keupayaan fizikal harus sesuai 
dengan
tugas, umur, jantina dan saiz badan.
·        
melalui Hukum Latihan
, perlu melakukan tugas berulang-ulang
·        
melalui Hukum
Kesan  akan mendapat peneguhan bagi
lakuan yang dikendaki iaitu, peneguhan positif atau  negatif.
- Teori Pembelajaran
     Gestalt
 
Ø  Pendekatan secara persepsi.
Ø  Pembelajaran ialah satu pengalaman yang disusun, bermakna
dan diberi tanggapan.
Ø  'Whole-Part-Whole-Learning'/ Pembelajaran Keseluruhan -
Bahagian-bahagian - Keseluruhan
Ø  Keseluruhannya lebih bermakna dari sebahagian.
Ø  4 hukum pembelajaran :      - kedekatan
           - keserupaan / kesamaan
           - kesinambungan
                                                              -
penyempurnaan  
Teori kognitif
(i) Lewin’s field theory
 Menegaskan perbezaan individu
 Bidang yang mempengaruhi tingkah laku individu meliputi:
- Faktor dalaman; pengalaman
lepas dan harapan serta keinginan masa depan
            - Faktor luaran/persekitaran;termasuk
orang lain.
- Pembelajaran sebagai
perubahan dalam pengetahuan
- Perubahan dalam struktur
kognitif berlaku melalui proses perbezaan dan   menstrukturkan
semula.
            - Pembelajaran sebagai perubahan dalam
motivasi
- Motivasi dipengaruhi oleh
tujuan individu (keperluan, nilai dan harapan) serta   ganjaran luaran.
(ii) Teori persepsi undang-undang Koffka
(a) Peraturan persamaan
-  Individu mempunyai
kecenderungan untuk mengumpul pola yang sama dari     segi
  saiz, bentuk atau sifat lain.
(b) Peraturan melengkap
- Individu cenderung
untuk melengkapkan pola diberi yang lengkap sebahagiannya.
1.3  Pertumbuhan dan Kematangan
Pengenalan
Pengetahuan mengenai
pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor
dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran
kemahiran. Pengklasifikasikan kemahiran pula membolehkan kita memahami sifat
kemahiran berkenaan. Kefahaman ini membantu kita mempelajari suatu kemahiran
atau meningkatkan prestasi kemahiran tersebut.
Klasifikasi Kemahiran
i.             
Kemahiran
Motor Kasar Dan Halus
| 
   
Kemahiran
  Kasar 
 | 
  
   
Kemahiran
  Kasar dan Halus 
 | 
  
   
Kemahiran
  Halus 
 | 
 
| 
   
Menggunakan otot besar  
 | 
  
   
Penggunaan otot besar dan otot kecil 
 | 
  
   
Melibatkan pergerakan
  kecil dan menggunakan otot kecil. 
 | 
 
| 
   
Mudah
  dilihat. 
 | 
  
   | 
  
   
Sukar dilihat kecuali hamper
  dengan pelaku. 
 | 
 
| 
   
Contoh: 
- Berjalan  
- Berlari  
- Berenang  
- Menyepak bola  
 | 
  
   
contoh: 
-Hantaran bola berputar  
sofbol untuk dipukul  
-‘Lay-up’ bola keranjang  
 | 
  
   
Contoh: 
- Melambung syiling 
- Menulis 
- Menggosok gigi 
 | 
 
ii.           
Kemahiran
Terbuka Dan Tertutup
| 
   
Kemahiran
  terbuka 
 | 
  
   
Kemahiran
  tertutup 
 | 
 
| 
   
Ø  Persekitaran
  sentiasa berubah, tidak stabil dan sukar diduga. 
 | 
  
   
Ø  Persekitaran
  adalah tetap dan stabil 
 | 
 
| 
   
Ø  Corak
  pergerakan kerap diadaptasi.  
 | 
  
   
Ø  Kawal
  kecepatan sendiri 
 | 
 
| 
   
Ø  Lebih
  kepada daya persepsi. 
 | 
  
   
Ø  Corak
  pergerakan 'stereotyped'  
 | 
 
| 
   
Ø  Kerap
  lakukan corak kemahiran berbeza. 
 | 
  
   
Ø  Jarang
  menggunakan mental dan lebih berspontan. 
 | 
 
| 
   
Ø  Prestasi
  sukar diramal. 
 | 
  
   
Ø  Prestasai
  lebih kebiasaan 
 | 
 
| 
   
Ø  Contoh: 
           - Menerima servis bola tennis  
           - Bermain bola sepak  
           - Bergusti  
 | 
  
   
Ø  Contoh: 
     -Penembak kesasaran yang statik  
     -Lontaran bebas bola keranjang  
     -Pemanah sedia memanah  
     -Melakukan aksi gimnas  
 | 
 
iii.          
Kemahiran
Diskrit - Bersiri - Berterusan
| 
   
Diskrit 
 | 
  
   
Bersiri 
 | 
  
   
Berterusan 
 | 
 
| 
   
Memerlukan satu usaha. 
 | 
  
   
Melibatkan satu siri pergerakan
  dalam turutan. 
 | 
  
   
Memerlukan aksi berulang. 
 | 
 
| 
   
Permulaan dan penamat
  kemahiran boleh dikesan dengan jelas.  
 | 
  
   
Merupakan gerakan  terasing yang diulang. 
 | 
  
   
Permulaan dan penamat
  kemahiran diboleh dikesan. 
 | 
 
| 
   
Contoh : 
>mainan dart 
>tangkap bola 
>menembak 
>tendang bola 
 | 
  
   
Contoh : 
>mengetuk paku 
>rutin gimnastik 
>masuk gear 
 | 
  
   
Contoh : 
>berenang 
>pandu kereta 
>berlari 
>berbasikal 
 | 
 
| 
   
Kemahiran
  Motor 
 | 
  
   | 
  
   
Kemahiran
  Kognitif 
 | 
 
| 
   
Minimum
  buat keputusan dan 
maksimum
  kawalan motor. 
 | 
  
   
Ada
  buat keputusan dan kawalan motor. 
 | 
  
   
Maksimum
  buat keputusan 
dan
  minimum kawalan motor. 
 | 
 
| 
   
Contoh
  : 
>lari
  pecut 
>lompat
  tinggi 
>angkat
  berat 
>pitching
  sofbol 
 | 
  
   
Contoh
  : 
>menunggang
  kuda 
>belayar 
>pemain
  sukan 
 | 
  
   
Contoh
  : 
>main
  catur 
>memasak 
>tugas
  jurulatih 
 | 
 
iv.          
Kemahiran
Motor - Kognitif
Graf prestasi                     
i.             
Graf lengkok lurus
·        
Menggambarkan peningkatan
kemahiran berkadar terus dengan masa.
·        
Contoh seorang pemain
hoki yang akan melakukan kuisan penalti ke arah gol.  


ii.           
Graf  lengkuk 
cembung
·        
Menggambarkan
peningkatan mendadak pada awal pembelajaran tetapi
·        
Contoh: permainan
badminton
![]()  | 
 
iii.          
Graf lengkuk cekung
·        
Menggambarkan
peningkatan kemahiran perlahan di awal pembelajaran tetapi mendadak pada akhir
proses pembelajaran.
·        
Contoh : sukan
renang.
![]()  | 
 
iv.          
Graf  lengkok bentuk S
·        
Adalah gabungan
daripada lengkok lurus, cembung dan cekung.
·        
Peningkatan kemahiran
motor berlaku melibatkan kombinasi ketiga-tiga lengkok tersebut.
![]()  | 
 
1.4  Kawalan Motor
Pengenalan
Secara ringkaskan kawalan motor merujuk kepada mekanisma
sistem biologi yang menghasilkan lakuan motor. Hal ini dimana kawalan motor
dikawal oleh sistem saraf otak dan otak ini yang mengawal segala perlakuan
motor kanak-kanak. 
a.    Kemahiran
   - kecekapan mengawal motor.
- keseluruhan pergerakan yang mempunyai
unsur-
  unsur urutan & masa.
- satu kumpulan
pergerakan diskrit.
Ø  program
motor
Ø  program
eksekutif
Ø  sub-rutin
b.    Perpindahan
program eksekutif kepada sub-rutin :
Ø  kuasai
sub-rutin
Ø  penumpuan
kepada hubungan sub-rutin
Ø  konsentrasi
pada kompleksiti program motor
Ø  konsenstrasi
pada aktiviti yang lebih luas
Ø  ikut
urutan kecepatan yang sesuai dan tepat
1.5 
Perpindahan Pembelajaran
Definisi  : 
Merujuk kepada pengaruh pengalaman
lepas/sedia ada terhadap perlakuan satu kemahiran pada kontek yang baru atau
pada pembelajaran satu kemahiran yang baru. 
      i.       
Pemindahan positif – Berlaku apabila
pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas membantu pembelajaran
sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Orang yang tahu bermain tenis senang
belajar bermain golf.
    ii.       
Pemindahan negatif – Berlaku apabila
pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas menghalang atau menggangu
pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. 
Contoh: Pemain tenis
sukar untuk belajar bermain badminton.
   iii.       
Pemindahan sifar/tiada pemindahan – Berlaku
apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas tiada memberi
kesan atau mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. 
Contoh
: Belajar untuk berenang kepada belajar hendak membawa kereta.
   iv.       
Pemindahan Bilateral - Berlaku apabila pemindahan pembelajaran berkaitan
dengan pembelajaran tugasan yang sama tetapi dengan menggunakan bahagian
kaki/tangan yang berbeza 
    v.       
Pemindahan potensi pembelajaran dalam
pengajaran boleh dimaksimumkan oleh instruktur kemahiran motor dengan mengambil
kira garis-panduan di bawah ini supaya apa yang diajar adalah lebih
berkemungkinan lebih untuk dipindahkan kepada situasi pembelajaran yang baru.
v  Maksimumkan
kesamaan antara pengajaran dan situasi pengukuran sebenarnya.
v  Sediakan
pengalaman yang mencukupi dengan tugasan asal.
v  Sediakan
contoh-contoh yang berbagai apabila mengajar konsep-konsep dan  prinsip-prinsip.
v  Labelkan
atau kenalpasti bahagian tugasan yang penting.
v  Pastikan
prinsip-prinsip umum difahami sebelum mengharapkan pemindahan yang berkesan.
1.6  Perbezaan
Individu
•        
Pembolehubah perbezaan individu adalah
berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972). Pembolehubah
perbezaan individu dalam aspek tahap kebolehan motor boleh dinilai berpandukan
dua taksonomi. 
•        
Keupayaan motor yang dikemukakan oleh
Fleishman iaitu:
(i) Keupayaan persepsi motor
Ciri-cirinya adalah:
•        
Koordinasi berbagai anggota – melibatkan
interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan.
•        
Ketepatan kawalan – merujuk kepada keupayaan
mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan.
•        
Orientasi respons – merujuk kepada keupayaan
untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran.
•        
Masa reaksi – merujuk kepada tempoh yang
diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan.
•        
Kelajuan respons – merujuk kepada masa yang
diambil untuk melengkapkan pergerakan 
•        
Keupayaan manipulasi jari – merujuk kepada
keupayaan mengendalikan kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari seperti
kemahiran bermain piano, menjahit dan ‘pitching’ bola sofbol.
•        
Keupayaan manual – merujuk kepada keupayaan
mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian
tangan seperti menangkap dan membaling.
•        
Integrasi respons – merujuk kepada integrasi
pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan 
(ii) Kecekapan fizikal 
Ciri-cirinya adalah:
•        
Kekuatan statik 
•        
Kekuatan dinamik 
•        
Kekuatan ekplosif 
•        
Kekuatan bahagian anggota atas 
•        
Kelenturan statik 
•        
Kelenturan dinamik 
•        
Koordinasi asas 
•        
Keseimbangan asas 
•        
Daya tahan 
(iii) Perbezaan Individu.
ü  Suatu
proses yang berterusan & kekal 
Perbezaan Individu
dan Kebolehan Motor.
ü  Wujud
oleh sebab individu ada personaliti & personaliti akan bertembung dengan
kemahiran motor
ü  Perbezaan
penguasaan kemahiran motor asas 
ü  Perbezaan
penyempurnaan tugas 
ü  Kesanggupan
individu melakukan berbagai tugas bergantung pada keupayaan 
Perbezaan di antara kebolehan & kemahiran
| 
   
Kebolehan 
 | 
  
   
Kemahiran 
 | 
 
| 
   
•        
  tret yang diwarisi  
 | 
  
   
•        
  dibina melalui latihan  
 | 
 
| 
   
•        
  stabil dan tahan  
 | 
  
   
•        
  ubah suai dengan latihan  
 | 
 
| 
   
•        
  bilangan tertentu (50 jenis) 
 | 
  
   
•        
  tidak
  terbilang 
 | 
 
| 
   
•        
  menjadi asas kepada kemahiran 
 | 
  
   
•        
  bergantung
  kepada kebolehan 
 | 
 
Teori Pembelajaran Lengkaran Tertutup -
Jack Adam, 1971
- berpunca dari proses
pembelajaran
![]()  | 
  ![]()  | 
  ![]()  | 
  ![]()  | 
 
                                            Sensori                      Rujukan
![]()  | 
  |||||||
![]()  | 
 |||||||

                                                                                                                                    Gerak
Balas
                                                Jejak                          Jejak
 
                                                Ingatan Lampau
Pergerakan
                                                                                                                               Knowledge
of
                                                                                                                                    Results
   
Laluan sensori dari otot,tendon,           - keputusan hasil
Sendi, mata, telinga
(proprioseptor)    - gerak balas
Ø  merupakan satu mekanisme dalaman.
Ø  satu kawalan secara automatik yang telah diprogramkan.
Ø  Kita dapat mengawal pergerakan sendiri dari mekanisme
rujukan.
Ø  Proprioseptor  adalah maklumat
yang diberi kepada laluan saraf dari sistem sensori.
Ø  Knowledge of Results akan bersatu dengan Mekanisme
Rujukan.
Ø  Lupaan banyak kerana maklumat tidak diguna selalu.
Ø  Apabila individu dapat memindahkan paradigmanya dari
peringkat rendah ke tinggi (motor lisan ke pembelajaran motor) kalau individu
dapat menguasainya menjadi automatik.
Ø  Sistem pemprosesan maklumat terdiri dari 
A.   Intrinsik (Teori Lengkaran Tertutup)
B.   Ekstrinsik (Teori Lengkaran Terbuka)
Ø  Pengalaman lampau yang memberi/mengukuhkan jejak ingatan
dan jejak persepsi.
Ø  Persepsi Kinestatik ialah keupayaan/kebolehan
individu merasa kedudukan atau posisi seluruh anggotanya.
Teori pembelajaran Skema Schmidt
![]()  | 
  ![]()  | 
  ![]()  | 
  ![]()  | 
 ||||
                                                Deria
                         pergerakan                            pergerakan
![]()  | 
 |||
                                                                                                                                    Gerak
balas
![]()  | 
 |||
Ø  bagaimana individu boleh melakukan sesuatu respon dengan
lebih tepat pada pergerakan yang tidak pernah dilakukan.
Ø  Skema  adalah satu set
undang-undang.
Ø     langkah-langkah dalam menjalani satu proses
yang  
        berurutan.
Ø     memberi peluang untuk memilih maklumat
penting.
Ø     kalau skema dapat diringkaskan maka
pembelajaran 
        menjadi senang.
Ø     kita mengawal & belajar segala kemahiran
pada asas 
        yang sama cuma peringkatnya yang
berbeza.
Ø  kalau
maklumbalas adalah lebih awal, lebih pembelajaran berbalik berlaku akan
menyebabkan pembelajaran menjadi lambat.
Ø  terdapat 4 keadaan pemilihan maklumat
- Keadaan
     Permulaan Pergerakan
 
-         
kedudukan badan (stance)
-         
persekitaran
-         
pengalaman lampau
-         
tahap kemahiran
- Spesifikasi
     Respon
 
-         
mudah/sukar
-         
cepat/lambat
-         
ketepatan
-         
ketekalan
-         
arah, daya, konsentrasi
- Konsekuen
     Sensori
 
-         
kesan/implikasi pada sensori selepas
melakukan kemahiran
- Kesudahan
     Respon
 
-         
keputusan akhir
-         
perbandingan keakhiran dengan awalan
(objektif)
Ø  untuk
mengurangkan tempoh pembelajaran, kita boleh melakukan
-         
kekerapan latihan
-         
Hukum Kesan EL Thorndike
Persamaan
& Perbezaan Teori Pembelajaran Jack Adam & Schmidt
Persamaan:
Ø  ada
maklum balas/knowledge of results
Ø  ada
gabungan program motor
Ø  berkaitan
dengan rujukan/maklumat-maklumat perlakuan
Ø  banyak
pembinaan ingatan/persepsi
Ø  mementingkan
'knowledge of results'
Ø  ada
latihan, lebih latihan jadi automatik
Perbezaan:
Ø  Adam        - setiap respon ada dalam ingatan.
     Schmidt    - beberapa pergerakan yang dikeluarkan
dijadikan sebagai ingatan.
Ø  Adam         - tumpuan pada pergerakan perlahan.
Schmidt    - skema pada beberapa jenis pergerakan.
Ø  Adam         - kejayaan melakukan kemahiran baru
tidak boleh diambil kira.
     Schmidt    - kejayaan itu penting kerana adanya skema
yang diikuti.















No comments:
Post a Comment