1.0 KONSEP DAN DEFINISI
1.1 Konsep Pertumbuhan, Kematangan, Dan
Pembelajaran Motor
Perkembangan dan pertumbuhan manusia merujuk kepada
proses yang dinamik dan kompleks. Kedua-dua istilah ini adalah saling
bergantung ataupun proses yang saling berkaitan. Perubahannya meliputi aspek
dari segi fizikal, kognitif dan psikososial sepanjang pusingan hayat manusia.
Pertumbuhan
manusia secara fitrahnya bersifat lemah pada awal usianya, semakin membesar dan
kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas.
Perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga
menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak,
remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian.
Pengetahuan
mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran
motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran
kemahiran.
Rajah 1.1.1 Kitaran Hidup Manusia
Kematangan
membawa maksud kemajuan ke arah kematangan fizikal, keadaan integrasi optimum
fungsi sistem tubuh seseorang individu dan keupayaan untuk membiak.
Perkembangan akan berterusan biarpun selepas kematangan fizikal dicapai.
Manakala
aspek pembelajaran motor pula menekankan pemerolehan kemahiran motor,
peningkatan prestasi dari belajar atau berpengalaman dalam kemahiran motor atau
pengambilalihan semula kemahiran yang sukar untuk melaksanakan atau tidak boleh
dilakukan kerana kecederaan atau penyakit.
1.2 Definisi
1.2.1 Pertumbuhan (Growth)
Pertumbuhan manusia adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Proses pertumbuhan dan perkembangan manusia telah mula berlaku
dengan pesat sebaik sahaja berlakunya persenyawaan di dalam rahim untuk
membentuk zigot dan seterusnya berkembang sebagai embrio dan janin. Peringkat
pertumbuhan ini dikenali sabagai pertumbuhan pranatal. Pertumbuhan peringkat seterusnya
dikenali sebagai pertumbuhan posnatal.
Pertumbuhan
merupakan satu proses tak berbalik yang terdapat pada semua benda hidup
termasuklah manusia. Pertambahan ini bersifat kuantitatif terutamanya dalam
saiz tubuh badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan
tertentu.
Perubahan
dalam saiz badan melibatkan tiga proses selular iaitu:
i.
Penambahan
bilangan sel (hyperplasia)
ii.
Penambahan
saiz sel (hypertrophy)
iii.
Penambahan
bahan-bahan interselular (accretion)
Rajah 1.2.1.1 Tiga Proses Selular
Rajah 1.2.1.2
Rajah 1.2.1.3 Pembentukan Blastosista Secara Mitosis
Proses
pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat.
Misalnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan
manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran. Selepas
itu, kedua-dua ini tisu tumbuh terutamanya oleh hipertropi walaupun dalam kes
tisu otak, hiperplasia jenis sel-sel saraf berterusan pada separuh kedua
penghamilan dan berterusan selepas bersalin. Proses-proses ini selular juga
terlibat dalam perubahan biologi yang menjadi asas kematangan dan pembezaan
seseorang individu.
Rajah 1.2.1.4 Rajah Skematik Pertumbuhan Tisu Otot
Rangka Sebagai Fungsi Hiperplasia Selular (Atas) Dan Hipertropi (Bawah).
1.2.2 Kematangan (Maturation)
Kanak-kanak
|
Orang Dewasa
|
Rajah 1.2.2.1
Kematangan merupakan satu proses seseorang individu
menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang. Maturation merupakan satu proses ke arah
kematangan manakala maturity adalah
kematangan. Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem
organ, serta boleh memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.
Proses
matang adalah berbeza mengikut sistem biologi seseorang. Contohnya, proses kematangan
seksual adalah perubahan keadaan keupayaan organ-organ pembiakan untuk berfungsi
sepenuhnya. Proses kematangan tulang pula adalah perubahan keadaan rangka tulang
sehingga terbentuk sepenuhnya. Proses kematangan sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama
dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat akhir
kanak-kanak dan remaja.
Proses
matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu (tempoh
masa berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang
secara biologikal. Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan
kematangan. Tempoh masa merujuk kepada apabila peristiwa kematangan khusus
berlaku atau umur pada kadar pertumbuhan maksimum semasa pemecutan pertumbuhan
remaja.
Tempoh masa
dan tempo berbeza mengikut individu serta variasi perbezaan dalam kemajuan dirujuk
sebagai kadar perubahan. Setiap individu berbeza dalam masa dan tempo
kematangan masing-masing. Sebagai contoh, dua orang kanak-kanak yang saiznya
sama tetapi mereka boleh berbeza dalam kadar kematangan.
1.2.3 Pembelajaran Motor (Motor Learning)
Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian
pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan
dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan
latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang
dipelajari bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi dan mengatasi
ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.
Selain
itu, pembelajaran motor juga didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran
kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses ini
berlaku secara semula jadi bagi bayi yang bermula sejak lahir hingga dewasa.
Kadar pembelajaran motor bayi berlaku adalah bergantung kepada bantuan dan
bimbingan orang di sekeliling terutamanya ibu bapa. Pembelajaran motor
kanak-kanak adalah pergerakan motor yang diperolehi daripada pengalaman.
Contohnya apabila kanak-kanak dalam keadaan meniarap dan ternampak barang
mainan di hadapannya, kanak-kanak tersebut akan bergerak dengan menggunakan kekuatan
otot leher dan paha untuk bangun secara tiarap secara spontan untuk mencapai
barang mainan itu.
Pembelajaran
motor ditarifkan berasaskan empat sifat utamanya, iaitu:
Rajah 1.2.3.1 Tarifan Pembelajaran Motor
Hasil
sintesis empat sifat utama di atas, pembelajaran motor ditarifkan sebagai satu
set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada
perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal.
Mengikut
Cratty (1975), pembelajaran motor adalah perubahan tahap kemahiran yang stabil
hasil daripada percubaan yang berulang-ulang. Menurut Drowatzky (1981) pula,
penyesuaian yang melibatkan pergerakan dan tindak balas otot. Malina, et al.
(2004) mengatakan bahawa pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi
hasil latihan yang lama. Jadi, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan
sistem yang khusus terhadap latihan. Daripada ketiga-tiga definisi tersebut,
pembelajaran motor boleh dikatakan sebagai satu proses pembelajaran yang
berlaku hasil daripada latihan dan pengalaman dalam pemerolehan kemahiran.
Terdapat
dua ciri perubahan tingkah laku yang dikaitkan dengan pembelajaran kemahiran
motor, iaitu:
i.
Penguasaan
kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa.
Seseorang
pemain perlu boleh mempamerkan kemahiran yang lebih tinggi selepas satu jangka
masa yang ditetapkan. Contohnya, seorang pemain bola keranjang yang mempelajari
kemahiran menggelecek bola sambil mengelak pihak lawan perlu boleh menggelecek bola
dengan cekap dan pantas malah ditambahkan lagi dengan teknik tipu helah selepas
menjalani latihan.
ii.
Penguasaan
kemahiran perlu terus meningkat dengan konsisten dan kekal.
Situasi seperti seseorang
itu tidak dapat melakukan suatu kemahiran dengan konsisten dan kebolehan
melakukannya juga sentiasa berubah-ubah mengikut masa sering berlaku pada awal
pembelajaran sesuatu kemahiran baru. Namun begitu, kemahiran dapat dikuasai
dengan konsisten selepas menjalani praktis dan latihan.
Perubahan
pencapaian pembelajaran kemahiran motor dalam sesuatu sukan atau permainan
boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran:
i.
Lengkok
lurus (linear)
·
Peningkatan
kemahiran yang berkadar terus dengan
masa.
·
Semakin
kerap seseorang atlet menjalani latihan, semakin meningkat kemahiran motornya.
·
Contohnya,
kadar seorang pemain bola keranjang dapat menjaringkan gol dengan tepat akan
meningkat selepas melakukan jumlah latihan yang setimpa dengannya.
Rajah 1.2.3.2
ii.
Lengkok
cembung (pemecutan negatif)
·
Peningkatan
kemahiran secara mendadak diawal pembelajaran tetapi beransur kurang pada
penghujung proses pembelajaran.
·
Contoh
kemahiran memukul dalam permainan babdminton. Walaupun kemahiran ini senang
dipelajari dan dikuasai, namun kemahiran memukul dengan laju, tepat dan
terkawal adalah agak sukar dipelajari.
·
Oleh
itu, peningkatan pembelajaran akan berlaku secara mendadak pada awal
pembelajaran tetapi kadar peningkatan penguasaan berlaku dengan perlahan
selepas tahu mengaplikasikan suatu kemahiran itu.
Rajah 1.2.3.3
iii.
Lengkok
cekung (pemecutan positif)
·
Peningkatan
berlaku dalam kadar perlahan di awal pembelajaran tetapi mendadak naik di akhir
proses pembelajaran.
·
Bagi
perenang baru, masa yang diambil untuk menguasai kemahiran asas berenang
seperti teknik pernafasan dan apungan adalah lebih lama berbanding dengan masa
yang diambil untuk mempelajari gaya renang seperti kuak dada selepas menguasai
kemahiran asas tersebut.
Rajah 1.2.3.4
iv.
Lengkok
bentuk S (Ogive)
·
Gabungan
daripada ciri-ciri lengkok lurus, cekung dan cembung.
·
Pembelajaran
kemahiran bersiri.
·
Contohnya,
dalam mempelajari satu rutin tarian atau rutin latihan lantai untuk gimnastik,
kesukaran atau kesusahan bagi setiap pergerakan adalah berbeza. Ini bermakna
kadar mempelajari suatu pergerakan itu akan berlainan mengikut kadar kesukaran
pergerakan itu.
Rajah 1.2.3.5
Kemahiran
motor boleh digunakan dalam dua konteks yang berbeza. Pertama, sebagai tugasan
atau perlakuan. Konteks ini mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai dan
memerlukan pergerakan anggota badan. Kedua, sebagai indikator prestasi
berkualiti, iaitu kemahiran yang dinilai dengan prestasi yang produktif.
Contohnya, 60% hingga 70% servis pertama dalam permainan tenis dikira dengan
lakuan yang betul dan tepat.
Rajah 1.2.3.1.1 Klasifikasi Kemahiran
Menurut
Poulton (1957) dan Knapp (1964), kemahiran-kemahiran tertutup dan terbuka berasaskan
kepada penyesuaian dengan persekitaran.
Rajah 1.2.3.1.2 Kemahiran Terbuka dan Tertutup
1.2.4 Perkembangan (Development)
Perkembangan merupakan satu bidang pembelajaran
pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan
pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan
yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi setiap
individu seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan dan penuaan.
Perubahan
yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:
i.
Peningkatan
keupayaan (dari bayi hingga dewasa)
Rajah 1.2.4.1
Pencapaian kemahiran motor berkembang
dan dipelajari sejak kecil hingga dewasa. Perkembangan motor kanak-kanak
berlaku dalam urutan. Ini bermakna berlakunya perubahan daripada perilaku
reflex bayi ke perilaku kompleks iaitu seseorang itu telah mencapai tahap
matang. Pada peringkat matang ini, seseorang individu itu akan dapat melakukan
teknik atau kemahiran pada tahap optimum.
Perkembangan
motor kanak-kanak akan berterusan sehingga ke tahap kematangan yang
kebiasaannya berlaku pada peringkat dewasa. Namun begitu, tahap kematangan
perkembangan motor adalah berbeza mengikut setiap individu.
ii.
Penurunan
keupayaan (dari dewasa hingga tua)
Rajah 1.2.4.2
Kebanyakan
manusia mencapai pertumbuhan kemuncak pada awal dewasa. Selepas mencapai tahap
matang, sistem dan fungsi tubuh akan mengalami penurunan keupayaan apabila
seseorang itu menuju ke arah peringkat tua dan uzur.
Perkembangan
dapat digunakan dalam dua konteks yang berbeza:
Rajah 1.2.4.3
Haywood
(1993) menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku akibat daripada
interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya. Ini bermakna perkembangan boleh
merujuk kepada pemerolehan dan penghalusan tingkah laku yang dipengaruhi oleh
masyarakat.
1.2.5 Prestasi Fizikal (Physical Performance)
Perkembangan dan kehalusan sesuatu prestasi kemahiran
dalam pelbagai aktiviti motor adalah permulaan peringkat perkembangan
kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak normal selalunya mempunyai potensi untuk
berkembang dan belajar pelbagai kemahiran dan pola pergerakan yang asas dan
khusus. Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran khusus
akan menjadi paksi utama kepada perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
Sifat-sifat
prestasi kanak-kanak berkaitan dengan pertumbuhan, proses matang dan
perkembangan mereka. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan ketara dalam
perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat.
Semasa
kehidupan pada 7 atau 8 tahun pertama, perkembangan corak pergerakan asas
banyak bergantung kepada kadar kematangan saraf seseorang individu, yang kesan daripada
pengalaman pergerakan lepas dan pengalaman pergerakan semasa. Sebaik sahaja
pembentukan corak pergerakan asas, pembelajaran dan latihan adalah faktor
penting yang mempengaruhi kecekapan motor.
Pertumbuhan
kanak-kanak dan ciri-ciri kematangan juga menjadi semakin penting dalam
pencapaian prestasi, terutamanya dalam tugas yang memerlukan kekuatan, kuasa,
dan kelajuan yang sangat baik. Keadaan persekitaran turut mempengaruhi peluang
untuk melaksanakan dan interaksi sosial yang bersekutu juga menyumbang kepada
perkembangan keupayaan prestasi.
Rajah 1.2.5.1
1.2.6 Aktiviti Fizikal (Physical Activity)
Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku
dalam pelbagai bentuk dan konteks termasuk dalam permainan bebas, kerja
seharian, senaman, pendidikan jasmani di sekolah dan sukan yang dikelolakan. Ini
bermakna aktiviti fizikal merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan
oleh otot rangka dan akan menyebabkan peningkatan kecil dalam penggunaan tenaga
semasa rehat.
Aktiviti
fizikal yang berkala boleh menyelaraskan berat badan dan rembesan mineral
tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja. Peningkatan penggunaan tenaga
yang diperlukan semasa aktiviti fizikal daripada aktiviti harian akan
menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem, pengekalan berat badan,
mengurangkan risiko penyakit degeneratif, dan mengurangkan risiko kematian awal
serta meningkatkan kualiti kehidupan yang menyeluruh.
Rajah 1.2.6.1
Namun
begitu, aktiviti fizikal tidak sama dengan latihan (training). Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang
sistematik dan khusus untuk sukan tertentu dalam jangka masa tertentu.
2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR
Arnold Gesell (1952) telah memperkenalkan dua prinsip
perkembangan motor yang berfokus kepada perkembangan yang berlaku dalam dua
tahun pertama selepas kelahiran bayi.
Rajah 2.1 Prinsip Perkembangan Motor
Rajah 2.2 Perkembangan Awal Kanak-kanak
(Sumber diubahsuai daripada Jollet dan
Mitchell, (1996). Lifespan Development.)
Rajah 2.3
Rajah 2.4 Perkembangan Cephalocaudal dan Proximodistal
(Sumber diubahsuai daripada Jollet dan
Mitchell, (1996). Lifespan Development.)
a.
Prinsip
Cephalocaudal
Gabungan
dua perkataan Latin, iaitu:
i.
Cephalo =
kepala
ii.
Caudal =
hujung saraf tunjang
Perkembangan Cephalocaudal bermaksud perkembangan kawalan otot secara
beransur-ansur dari bahagian kepala hingga bahagian hujung jari kaki.
Rajah 2.5 Tiga Peringkat Major
Perkembangan Kawalan Postur
Rajah 2.6 Tiga Peringkat Major
Perkembangan Keupayaan Lokomotor
Rajah 2.7 Perkembangan Cephalocaudal
b.
Prinsip
Proximodistal
Gabungan
dua perkataan latin, iaitu:
i.
Proximo
= hampir
ii.
Distal
= jauh
Perkembangan proximodistal bermaksud perkembangan kawalan otot secara
beransur-ansur dari bahagian tengah (paksi) badan ke bahagian yang menjauhi
paksi badan.
Rajah 2.8 Peringkat Perkembangan Keupayaan Manual
|
3.0 INDIVIDU BIOCULTURAL
Pertumbuhan dan kematangan adalah proses biologi,
manakala perkembangan adalah satu konsep yang lebih luas yang melibatkan
beberapa domain tingkah laku. Prestasi fizikal, aktiviti, dan kecergasan mengandungi
kedua-dua domain biologi dan tingkah laku. Pertumbuhan dan kematangan biologi
tidak berterusan secara berasingan daripada aspek-aspek dalam peribadi dan alam
tingkah laku.
Rajah 3.1 Interaksi Antara Pertumbuhan,
Perkembangan, dan Kematangan
Kedua-dua
biologi dan domain tingkah laku saling berinteraksi dalam membentuk individu
kerana mereka berkembang dari keadaan yang tidak matang kepada matang atau dari
peringkat awal melalui zaman kanak-kanak dan remaja menjadi dewasa. Pertumbuhan,
pematangan dan perkembangan saling berinteraksi ke arah membentuk konsep diri,
cara menilai dan melihat diri, dan harga diri, nilai atau tahap penghargaan
yang seseorang kanak-kanak itu dalam meletakkan pada diri mereka sendiri.
Konsep
kendiri boleh ditakrifkan sebagai persepsi seseorang menilai kualiti, sifat dan
ciri-ciri diri sendiri. Selepas kelahiran, peringkat bayi masih tidak mempunyai
konsep diri. Namun begitu selepas 24 bulan, kebanyakan bayi akan menunjukkan
tanda-tanda pengiktirafan diri. Mereka boleh mengenal pasti kategori sosial
mereka adalah seperti dalam usia dan jantina, "siapa yang sama dengan saya
dan siapa yang tidak sama dengan saya". Pelbagai perangai akan mereka
pamerkan.
Manakala
bagi kanak-kanak prasekolah, konsep diri adalah lebih bersifat konkrit dan
fizikal. Apabila berumur 8 tahun ke atas, mereka boleh menerangkan kualiti
dalaman. Bagi remaja pula, konsep kendiri lebih abstrak dan ke arah psikologi.
Penstabilan sifat-sifat konsep kendiri akan berterusan. Faktor budaya dan
keluarga berperanan dalam mempengaruhi perkembangan tingkah laku dan
sifat-sifat seseorang individu.
Justeru,
konsep diri dan harga diri boleh mempengaruhi kecekapan seseorang kanak-kanak dalam
pelbagai domain termasuklah aktiviti fizikal dan sukan. Perkembangan konsep
diri dan harga diri yang sering diabaikan dalam perbincangan biologikal
kanak-kanak dan remaja dapat mempengaruhi variasi dalam pertumbuhan dan
kematanga serta perkembangan kelakuan. Interaksi biasanya lebih ketara semasa
peralihan ke peringkat dewasa apabila kebolehubahan yang agak besar wujud dalam
kalangan individu dalam masa dan tempo memancut pertumbuhan remaja dan
kematangan seks mereka.
4.0 PERTUMBUHAN POSTNATAL: SCAMMON’S CURVES
Rujuk lampiran.
5.0 RUJUKAN
David L. Gallahue, & Frances Cleland-Donnelly. (2002).
Developmental Physical
Education for All Children W/Journal Access (4th ed.). Retrieved from http://books.google.com.my/books?id=Emx7EjURqpcC&pg=PR14&dq=growth+and+motor+development&hl=en&sa=X&ei=uhj8T9SpFI2JrAeR2p29Bg&ved=0CFUQuwUwBTgK#v=onepage&q=growth%20and%20motor%20development&f=false
Dzulkifli
Ismail, & Jamaliyah Ahmad.
(2006). Sains Sukan Tingkatan 4.
Selangor: H. I. Holdings Sdn. Bhd.
Marc
H. Bornstein, & Michael E. Lamb.
(2005). Developmental Science: An Advanced Textbook (5th
ed.). United States: Lawrence Eribaum
Associates.
Mary
Mayesky. (n.d.). Creative
Activities for Young Children. Retrieved from http://books.google.com.my/books?id=YntVHHPdWnQC&pg=PA183&dq=growth+and+motor+development&hl=en&sa=X&ei=QRT8T6LMEomGrAelpMS9Bg&ved=0CEIQ6AEwAg#v=onepage&q=growth%20and%20motor%20development&f=false
Noel
Cameron, & Barry Bogin. (2012). Human
Growth and Development. Retrieved from http://books.google.com.my/books?id=V8v3yD9--x8C&pg=PA294&dq=growth+and+motor+development&hl=en&sa=X&ei=uhj8T9SpFI2JrAeR2p29Bg&ved=0CE4QuwUwBDgK#v=onepage&q=growth%20and%20motor%20development&f=false
Pj
Paragon Admin. (2010). Pjm 3105 Pertumbuhan, Perkembangan Dan
Pembelajaran Motor. Retrieved from http://paragon-ipda.blogspot.com/2010/11/pjm-3105-pertumbuhan-perkembangan-dan.html
Robert
M. Malina, Claude Bouchard, & Oded Bar-Or.
(2004). Growth, Maturation, and Physical Activity (2nd
ed.). United States: Human Kinetics.
Virginia
State University. (2009). Human
Growth and Development - A Matter of Principles. Retrieved from http://pubs.ext.vt.edu/350/350-053/350-053.html
Zulkiply
Yaakob. (n.d.). Perkembangan
Motor Halus dan kasar Kanak-kanak.
Retrieved from http://www.scribd.com/doc/12898166/Perkembangan-Motor-Halus-dan-kasar-Kanakkanak
Salam sejahtera. Penulisan anda mudah difahami kerana kandungannya lebih detail mengenai tajuk ini. Saya amat tertarik. Bagus..
ReplyDeletesalam sejahtera. cara penerangan yang sagat mudah untk difahami setelah membaca maksud sebernar pembelajaran motor... sy sagat tertarik.
ReplyDelete