1.0 Perkembangan
Fungsi Anatomi Dan Fisiologi (Functional Development)
1.1 Perubahan Jantung, Darah Dan Paru-Paru Semasa
Pertumbuhan (Heart,
Blood And Lungs)
Ciri-ciri peredaran darah fetus
·
Jantung dan salur darah adalah terbentuk
daripada sel-sel embrio mesodermal.
·
3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung
primitif mula terbentuk.
·
Sejurus selepas itu, jantung ini mula
berdenyut.
·
Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti
perikardial.
·
Jantung akan membentuk struktur umumnya pada
penghujung minggu ke-6 selepas
·
persenyawaan, dan salur-salur darah utama
terbentuk pada minggu ke-8.
·
Salur jantung primitif akan melipat dan
menyimpul dengan sendirinya lalu membentuk 4 ruang yang jelas.
·
Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang
jantung tersusun pada kedudukan yang betul dalam kaviti perikardial
bersama-sama salur-salur darah utama jantung.
·
Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital
yang wujud adalah hasil daripada proses
·
embrio yang terganggu.
·
Plasenta (uri) merupakan penghubung antara
peredaran fetus dan ibu.
·
Vena umbilical membawa oksigen dan nutrien
dari plasenta ke fetus, dan dua arteri
·
umbilical membawa darah tanpa oksigen dari
fetus ke plasenta untuk dioksigenkan dan pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam
peredaran ibu.
·
Hanya sejumlah kecil keluaran kardiak fetus
yang melalui paru-parunya kerana terdapatnya halangan (pemisah) yang
mengalihkan darah dari sebelah kanan ke sebelah kiri.
·
Foramen ovale adalah penghalang pertama, yang
merupakan satu bukaan sehala di dalam septum yang membahagikan atria kanan dan
kiri.
·
Ductus arteriosus adalah penghalang kedua, di
mana sejumlah kecil darah yang dipamkan oleh ventrikel kanan mengalir ke aorta
dan bukannya ke arteri pulmonari.
·
Duktus adalah satu salur kecil yang
menghubungkan arteri pulmonari utama dengan aorta.
·
Adalah dianggarkan sejumlah 10% - 15% darah
yang dipamkan oleh jantung telah melalui paru-paru semasa fetus.
·
Ductus venosus adalah satu salur sementara
yang membenarkan sedikit darah mengalir dari vena umbilical terus ke vena kava
inferior dan atrium kanan.
·
Darah di dalam vena umbilical mempunyai 70%
oksigen tepu manakala tisu periferi hanya mempunyai antara 55% - 60%.
Perubahan
saiz jantung
·
Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan
mempunyai isipadu yang hampir sama dengan sebelah kiri.
·
Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri
adalah lebih pesat berbanding sebelah kanan.
·
Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah
lebih kurang 40cm3.
·
Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4
kali ganda pada tahun 2 dan akan mencapai antara 600 – 800 cm3 dalam dewasa.
Perubahan
fungsi jantung
(i) Denyutan nadi
·
Purata kadar nadi dalam bayi yang baru
dilahirkan adalah 140 dsm.
·
Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm
(kelahiran) ke 100 dsm (1 tahun), dan menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun)
dan 70 dsm (10 tahun).
(ii) Isipadu strok dan keluaran kardiak
·
Isipadu strok:
Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada satu
penguncupan, meningkat dari
peringkat kanak-kanak ke remaja.
·
Jumlahnya adalah antara 3 – 4ml (kelahiran)
dan meningkat 10 kali ganda iaitu 40ml di peringkat sebelum remaja.
·
Keluaran kardiak:
Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit.
·
Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran)
manakala di peringkat dewasa
adalah 5L/min.
(iii) Tekanan darah
·
Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa
diastolik dan sistolik penguncupan otot jantung meningkat semasa pertumbuhan.
·
Tekanan darah sistolik dalam bayi
berubah-ubah antara 40 – 75mmHg.
·
Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat
ke 80mmHg dan tekanan darah diastolik meningkat ke 50 – 55mmHg.
·
Tekanan darah sistolik meningkat lebih
daripada tekanan darah diastolik semasa peringkat kanak-kanak ke remaja.
o
Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah
dan ini ada berkait dengan jisim badan. Ini bererti saiz jantung adalah
berkadaran dengan jisim badan.
o
Jantung secara progresifnya akan disesuaikan
dengan penambahan kerja, walaupun dalam keadaan rehat.
o
Perubahan
ciri-ciri darah semasa pertumbuhan
(i) Isipadu darah
·
Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait
rapat dengan jisim badan dan saiz
jantung.
·
Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat
5L darah di mana 3L adalah
plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel
darah merah.
·
Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara
300 – 400ml darah dalam badan.
(ii) Komposisi darah
·
Salah satu ciri penting darah adalah hematocrit
iaitu peratus isipadu darah yang mengandungi sel darah merah (eritrosit).
·
Secara puratanya, lelaki dewasa mempunyai 40%
- 45% berbanding perempuan dewasa yang mempunyai 38% - 42%.
·
Kedua-dua sel darah merah dan hemoglobin
mempunyai peranan utama dalam pengangkutan oksigen ke tisu-tisu badan.
·
Dalam lelaki dewasa, bilangan sel darah merah
adalah sebanyak 5.5
juta/mikroliter dan 4.6 juta/mikroliter dalam
perempuan dewasa.
·
Sel darah merah dihasilkan oleh sumsum tulang
dalam bayi dan awal kanak-kanak menjelang umur 5 tahun, penghasilannya
berkurangan.
·
Eritrosit tidak mempunyai nukleus tetapi
penuh dengan hemoglobin dan
·
komponen-komponen sitoplasma.
·
Eritrosit mempunyai hayat antara 110 – 120
hari.
·
Jumlah kandungan hemoglobin dalam darah
adalah berkait dengan pengambilan maksimum oksigen, isipadu jantung dan jisim
tubuh.
·
Sel darah putih (leukosit) juga berubah
semasa pertumbuhan.
·
Dalam kelahiran jumlah bilangan mencapai
sehingga 40 ribu/mikroliter, tetapi di peringkat dewasa bilangannya adalah 8
ribu/mikroliter.
·
Bilangan platelet tidak menunjukkan banyak
perubahan sejak lahir hingga dewasa, iaitu sekitar 350 ribu/mikroliter.
(iii) Lipid darah dan lipoprotein
·
Lipid darah dan lipoprotein sering dikaitkan
dengan pelbagai masalah
metabolisme di peringkat dewasa,
termasuklah arteriosklerosis yang berkait
dengan tabiat pemakanan dan tahap
aktiviti fizikal.
·
Trigliserida adalah molekul lemak dan
kolesterol bersifat seperti molekul lemak
dalam banyak aspek.
·
Kedua-dua bahan ini tidak larut air dan diangkut
dalam darah bersama protein.
·
Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-cholesterol),
mempunyai lebih protein
berbanding kolesterol.
·
Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-cholesterol)
dan lipoprotein berketumpatan sangat rendah (vLDL-cholesterol), mempunyai
lebih kolesterol
berbanding protein. Tahap LDL yang
tinggi sering dikaitkan dengan
arteriosklerosis.
·
Bayi perempuan mempunyai tahap lipid darah
dan kolesterol yang lebih daripada
lelaki semasa kelahiran.
Perubahan
fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan
(i)Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru
·
Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja
berlakunya persenyawaan.
·
Pembentukannya bermula sebagai satu kantung
di minggu ke-4 dan seterusnya
terbahagi kepada dua.
·
Pada minggu ke-16, ‘pokok’ bronkiol mula
terbentuk dan 3 bulan terakhir fetus,
alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya
terbentuk dengan lengkap semasa pasca natal.
·
Paru-paru fetus terdiri daripada cecair,
termasuk cecair amniotik dan komponen
darah.
·
Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks
ditekan dalam proses kelahiran, dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa.
·
Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan
dalam fetus menunjukkan bahawa
pusat
pernafasan di otak dan mekanisme otot-saraf yang perlu untuk proses ini
telah
wujud sebelum kelahiran.
·
Paru-paru manusia adalah seberat 60 – 70g
semasa kelahiran dan jisim ini
meningkat
sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan.
·
Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta
(kelahiran) ke 300 juta (umur 8 tahun).
·
Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim
paru-paru.
·
Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut
sebanyak 3ml udara segram tisu
manakala orang dewasa
adalah antara 8 – 10ml.
(ii) Fungsi pernafasan
·
Proses respiratori melibatkan dua komponen.
·
Pertama, melibatkan paru-paru di mana
pemindahan oksigen dan karbon dioksida antara kanak-kanak dan ruang
persekitarannya.
·
Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam
darah ke dan dari tahap sel-sel atau
·
dikenali sebagai respirasi selular.
·
Mekanisme pernafasan termasuklah:
o
Pusat respiratori terletak di dalam tunjang
otak
o
Reseptor regang di dalam paru-paru, yang
mengalirkan impuls proprioseptif melalui saraf vagus
o
Reseptor kimia karotid dan aortik, akan
terangsang apabila kandungan
oksigen
dalam darah menurun
o
Pusat respiratori di dalam tunjang otak dan
pusat reseptor kimia, akan
terangsang apabila kandungan karbon dioksida
dalam darah meningkat atau pH darah menurun
·
Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah
sebanyak 40 nafas seminit dan kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang
umur satu tahun. Di antara umur 5 – 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak 22 nafas
seminit dan seterusnya
menurun
ke 16 atau 17 nafas seminit.
·
Isipadu sisa (residual volume) adalah
isipadu gas yang berada di dalam paru-paru selepas satu hembusan maksimum.
·
Isipadu tidal (tidal volume)
adalah purata isipadu udara yang dihembus semasa
pernafasan
normal.
·
Isipadu simpanan tarikan nafas (inspiratory
reserve volume) adalah isipadu
maksimum
gas yang boleh ditarik masuk dari paras normal pernafasan isipadu
tidal.
·
Isipadu simpanan hembusan (expiratory
reserve volume) adalah isipadu
maksimum
gas yang boleh dihembus dari paras normal pernafasan isipadu tidal.
·
Kapasiti vital (vital capacity) adalah
isipadu maksimum gas yang boleh dikeluarkan dari paru-paru hasil daripada
tarikan nafas maksimum.
·
Kapasiti pernafasan (inspiratory capacity)
adalah isipadu maksimum gas yang
boleh
disedut.
·
Kapasiti sisa fungsi (functional residual
capacity) adalah isipadu gas yang
tertinggal di dalam
paru-paru selepas satu pernafasan normal.
1.2 Perkembangan Motor (Motor Development)
Perkembangan dan penghalusan lakuan kemahiran
di dalam aktiviti motor adalah penting dalam perkembangan dunia kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti motor ini merupakan sebahagian utama dalam tingkah laku
kanak-kanak dan memberi peluang untuk mereka mengalami persekitaran yang mencabar,
khususnya semasa prasekolah. Perkembangan motor merupakan satu proses di mana
kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan. Ini dicirikan dengan
suatu modifikasi berterusan yang berasaskan kepada:
·
Proses kematangan otot-saraf yang
berkemungkinan diselaraskan secara genetik
·
Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam
kanak-kanak (cthnya: saiz dan
komposisi
badan)
·
Kesan sampingan pengalaman motor yang
terdahulu
·
Pengalaman motor yang terkini.
Kemahiran
dan pola pergerakan
·
Pola motor adalah merujuk kepada pergerakan
asas dalam melaksanakan sesuatu tugas.
·
Dalam kemahiran motor, penekanan adalah pada
ketepatan, kejituan, dan prestasi.
Klasifikasi
aktiviti motor
(i) Aktiviti motor halus dan kasar
·
Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan
kejituan dan kemahiran seperti
dalam
tugasan manipulatif.
·
Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan
seluruh badan atau anggota
badan
seperti dalam aktiviti lokomotor.
·
Kebanyakan lakuan motor merangkumi
unsur-unsur motor kasar dan halus.
(ii) Pola motor asas
·
Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan
asas.
·
Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada
lokomotor, bukan lokomotor dan
·
manipulatif.
·
Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada
gabungan mana-mana aspek yang disenaraikan.
(iii) Proses dan hasil pergerakan
·
Proses pergerakan melibatkan:
- teknik
sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan, aksi kaki, dan
sebagainya
- mekanik
sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang tuas lengan, sudut antara
sendi, dan sebagainya
·
Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan
akhir sesuatu lakuan, contohnya
jarak lompatan,
catatan masa larian, dan sebagainya.
Pantulan
dalam bayi yang baru dilahirkan
·
Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan
adalah sambungan daripada apa yang telah wujud semasa dalam keadaan fetus.
·
Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa
kelahiran.
·
Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk
mudah dan dikawal oleh saraf tunjang
manakala
sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan integrasi otak dan pusat saraf
yang lain.
·
Pantulan Moro (Moro reflex) adalah
pola pantulan yang wujud dalam bayi sejak lahir ke 3 bulan.
·
Pantulan Startle (Startle reflex)
wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi akan
bertindak balas dengan mengfleksikan
anggota badan.
·
Pantulan genggaman (palmar grasp reflex)
berlaku apabila sesuatu objek diletakkan pada tapak tangan bayi.
·
Pantulan leher (tonic neck reflex)
mula kelihatan selepas beberapa bulan dilahirkan.
·
Apabila
kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan bertindak balas dengan memanjangkan
kaki dan lengan pada bahagian yang dipusingkan dan fleksi pada bahagian yang
bertentangan.
·
Pantulan righting adalah berkait
dengan hubungan antara kepala dengan anggota badan.
·
Pantulan labyrinthine adalah berkait
dengan orientasi badan terhadap daya graviti.
·
Pantulan primitif (primitive reflexes)
yang terdiri daripada pantulan Moro, startle dan genggaman lazimnya
terbentuk dengan sempurna sejak lahir sehingga bulan ke-3.
·
Pantulan postur yang terdiri daripada
pantulan leher, labyrinthine, righting mula
terbentuk selepas bulan ke-3 dan seterusnya.
Faktor-faktor
yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak
·
Cara penjagaan
·
Bilangan kelahiran
·
Bilangan kanak-kanak dalam keluarga
·
Peluang untuk pergerakan dan bermain secara
aktif
·
Status sosioekonomi
·
Status pemakanan
·
Persekitaran
·
Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi
badan)
·
Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya.
Prinsip
Perkembangan Motor
Arnold Gesell (1952), telah memperkenalkan 2 prinsip
perkembangan motor yangberfokus pada perkembangan yang berlaku dalam dua tahun
pertama selepas kelahiranbayi. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip cephalocaudal
dan prinsip proximodistal.
·
Prinsip Cephalocaudal
Cephalocaudal adalah
gabungan dua perkataan Latin iaitu:
cephalo = kepala dan caudal
= penghujung saraf tunjang
Perkembangan cephalocaudal adalah merujuk kepada
perkembangan kawalan ototsecara beransur-ansur dari bahagian kepala ke bawah
sehingga ke hujung jari kaki.
Contohnya, dalam perkembangan janin, bahagian kepala
terbentuk dahulu, diikuti bahagian tangan dan seterusnya pada bahagian kaki.
Kawalan motor bermula dari bahagian kepala, leher dan
badan sebelum dapat mengawal bahagian kaki seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah.
·
Prinsip Proximodistal
Proximadistal adalah
juga gabungan dua perkataan Latin iaitu:
proximo =
hampir dan distal = jauh
Perkembangan proximodistal adalah merujuk secara
khusus perkembangan kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian tengah
(paksi) badan ke bahagian yang menjauhi paksi badan. Contohnya, kanak-kanak
dapat mengawal otot-otot pada bahagian atas badan dan bahu sebelum mereka dapat
mengawal otot-otot pada bahagian lengan, tangan dan jari.
1.3 Prestasi Motor Dan Kekuatan (Strength And Motor
Performance)
Perkembangan kemahiran motor asas
kanak-kanak lazimnya terbentuk menjelang umur 6 – 7 tahun. Komponen kekuatan
diambil kira dalam prestasi motor kanak-kanak kerana ini merupakan satu
komponen penting dan juga prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk
kepada kekuatan otot. Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang
individu membentuk tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis
kekuatan iaitu kekuatan statik, dinamik dan letusan (kuasa).
Kekuatan statik atau isometrik
adalah daya yang dikenakan ke atas rintangan luaran tanpa sebarang
perubahan pada panjang otot. Lazimnya kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan
otot yang khusus, contohnya kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi
lutut. Kuasa adalah kemampuan otot melepaskan daya maksimum dalam suatu
tempoh yang singkat. Contohnya, pengukuran lompat jauh berdiri. Kekuatan dinamik
adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yang berterusan.
Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah
merujuk kepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot untuk
suatu tempoh masa yang lama. Contohnya, gantung siku bengkok.
Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran
motor asas lazimnya melibatkan kawalan motor dan kekuatan. Melompat melibatkan
koordinasi motor dan kuasa otot untuk membolehkan badan bergerak mendatar ke
hadapan seperti di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkan koordinasi
dan kuasa dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yang
melibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan. Imbangan
adalah perl dalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk statik atau
dinamik manakala kelenturan melibatkan julat pergerakan sendi di pelbagai
bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas yang boleh diuji termasuklah
menendang untuk jarak, menyambut bola yang dilambung, ‘hopping’ atau
‘skipping’, membaling untuk ketepatan dan sebagainya.
Prestasi
motor di peringkat awal kanak-kanak
·
Kekuatan otot meningkat di peringkat ini.
·
Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih
berbanding perempuan di dalam aktiviti berlari, melompat dan membaling.
·
Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih
baik di dalam aktiviti imbangan berbanding lelaki di antara umur 3 – 5 tahun,
dan lebih baik di umur 6 tahun.
·
Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi
yang cemerlang di dalam aktiviti yang melibatkan kuasa dan kelajuan manakala
perempuan lebih ke arah aktiviti imbangan.
Prestasi
motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja
·
Kekuatan dan prestasi motor lazimnya
meningkat mengikut umur. Walau bagaimanapun, pola peningkatan ini berbeza
mengikut aktiviti.
·
Kekuatan lelaki meningkat secara linear
mengikut umur sehingga 13 atau 14 tahun di mana peningkatan adalah mendadak
manakala kekuatan perempuan meningkat secara linear mengikut umur sehingga 16
atau 17 tahun.
·
Daya tahan otot lelaki meningkat secara
linear dari 5 sehingga 13 atau 14 tahun di mana peningkatan mendadak berlaku
selepas itu manakala daya tahan otot perempuan meningkat secara linear mengikut
umur.
·
Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati
lebih lembut daripada lelaki di semua peringkat umur, dan ini amat ketara di
peringkat pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual.
·
Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu
tempoh perubahan di dalam
perkembangan kekuatan dan prestasi
motor. Pola pergerakan asas mula matang pada tempoh ini dan amat berbeza dalam
setiap kanak-kanak.
1.4 Prestasi Aerobik (Aerobic Performance)
Petunjuk prestasi aerobik semasa
pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari,
otot rangka, substrat, pengawalatur suhu badan.
Kuasa aerobik adalah
kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam seminit oleh gentian otot yang
berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah tenaga yang sedia ada untuk
melaksanakan aktiviti aerobik. Tiga petunjuk utama metabolisme aerobik semasa
senaman di dalam individu yang membesar adalah:
(a) Adaptasi Terhadap Senaman Submaksimum
Kajian telah menunjukkan bahawa tindak
balas kardiovaskular dan pulmonari terhadap senaman di paras submaksimum
berubah mengikut umur. Perubahan umur ini adalah lebih berkait kepada status
kematangan biologikal dan jisim badan berbanding umur kronologi.
(b) Adaptasi Terhadap Senaman Yang Lama Dan Senaman
Bercorak Daya Tahan
Data kajian telah menyatakan bahawa
senaman jangka masa panjang dapat diatasi oleh kanak-kanak dan remaja tanpa
sebarang masalah. Dalam aspek pengawalatur suhu badan, lebih daripada 75%
substrat yang ditukarkan kepada tenaga kimia semasa penguncupan otot rangka perlu
dibebaskan sebagai haba. Kanak-kanak mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding
dewasa pada setiap kilogram jisim badan. Apabila kadar haba yang tinggi perlu dibebaskan,
kanak-kanak mempunyai kelebihan kerana luas permukaan badannya berbanding dewasa
tetapi mempunyai kapasiti perpeluhan yang kurang. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang
upaya untuk bergantungan pada proses sejatan peluh untuk membebaskan haba yang berlebihan.
Oleh yang demikan, kanak-kanak tidak berupaya melakukan senaman di cuaca yang panas
dan lama berbanding dewasa.
(c) VO2 Max
Kuasa aerobik maksimum adalah berkait
dengan saiz badan, kematangan dan jantina. Kuasa ini diukur pada kadar nadi
maksimum senaman, yang lazimnya tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Min kadar
nadi maksimum kanak-kanak boleh mencapai antara 200 ke 215 dsm dan kadar ini menurun
mengikut peningkatan umur. Menjelang lewat remaja kadar ini mencapai antara 190
ke 195 dsm. Keupayaan kanak-kanak menyesuaikan kapasiti aerobiknya adalah lebih
baik berbanding dewasa. Semasa senaman, tempoh untuk kanak-kanak mencapai 50%
kapasiti aerobik maksimum adalah lebih singkat berbanding dewasa.
Perubahan-perubahan ini akan memberi
satu anggaran secara tidak langsung terhadap kapasiti aerobik kanak-kanak
semasa pertumbuhan.
1.5 Prestasi Anaerobik (Anaerobic Performance)
Penghasilan tenaga anaerobik adalah
penting dalam pertumbuhan kanak-kanak keranakebanyakan aktiviti mereka
melibatkan penggunaan tenaga yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa
yang lama. Oleh yang demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot
rangka adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini.
Semasa pertumbuhan penentu-penentu
prestasi anaerobik seperti morfologi, fisiologi dan biokimia akan berubah.
Jisim otot yang akan bertambah mengikut umur memberi satu kesan terus kepada
penghasilan tenaga anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut
umur semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman submaksimum adalah
lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa. Oleh yang demikian,
pemerhatian ini mencadangkan bahawa individu yang sedang membesar kurang
bergantung pada metabolisme glikogen untuk menampung ATP yang digunakan semasa
aktiviti aerobik dan anaerobik.
No comments:
Post a Comment