ISI KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1.
|
PENGENALAN
HASILPEMBELAJARAN
KERANGKA MODUL
PEMBELAJARAN
|
2
|
2.
|
PEMINDAHAN
PEMBELAJARAN
|
3
|
3.
|
PENGEKALAN
DAN MEMORI MOTOR
|
6
|
4.
|
KEHILANGAN
KEUPAYAAN PENGEKALAN
|
7
|
5.
|
MENGUKUR
PENGEKALAN DAN PEMINDAHAN
|
14
|
6
|
RUMUSAN
|
16
|
Pengenalan
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi
tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengekalan dan pemindahan. Ini merupakan
kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di sepanjang
pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan
manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula
dari peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan
soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Hasil
Pembelajaran
Di akhir pembelajaran modul ini, diharap para pelajar,
1.
Menjelaskan berkaitan dengan pengekalan dan
pemindahan;
2.
Mengintergrasikan pengetahuan dengan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran pengajaran yang
berkesan dan bermakna;
3.
Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk
meningkatkan profesion keguruan.
Kerangka
Modul Pembelajaran
1
Pemindahan
pembelajaran
1.1 Teori-teori pemindahan pembelajaran
Pembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkah laku hasil
daripada pertembungan di antara individu dengan persekitarannya, sama ada
secara langsung atau sebaliknya. Pembelajaran juga boleh dihasilkan melalui
latihan. Didalam usaha seseorang itu untuk memperbaiki, mendalami sesuatu ilmu
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tingkah lakunya, ia secara tidak
langsung akan menggunakan konsep Drowatzky (1975). Proses di mana seseorang itu
menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang berlainan daripada
asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran. Mengikut Sage
(1977), pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran lepas ke atas
penerimaan sesuatu pembelajaran baru. Manakala Singerv (1980), menyatakan
pemindahan pembelajaran adalah penggunaan pengetahuan dan
Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan
kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi
pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman
pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung.
1.2 Jenis-jenis pemindahan
·
Pemindahan positif
·
Pemindahan negative
·
Pemindahan sifar
·
Pemindahan bilateral
1.3 Mengukur pengekalan dan pemindahan
1.3.1
Pemindahan positif
Pemindahan
positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia
ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai
kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun.
Q Pemindahan
pembelajaran proaktif positif
·
Sekiranya terdapat persamaan pembelajaran
kemahiran-kemahiran lama dengan yang baru
Q Pembelajaran
retroaktif positif
·
Sekiranya terdapat peningkatan didalam
pembelajaran lama setelah penerimaan pembelajaran kemahiran baru
1.3.2
Pemindahan negatif
Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana
kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya
badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton
boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis.
Q Pemindahan
pembelajaran proaktif negatif
·
Sekiranya pembelajaran kemahiran lama
mengganggu pembelajaran kemahiran baru
Q Pemindahan
pembelajaran retroaktif negative
·
Sekiranya pembelajaran kemahiran lama menurun
akibat pembelajaran kemahiran baru
1.3.3
Pemindahan sifar
Pemindahan sifar menunjukkan situasi dimana
pembelajaran kemahiran sedia ada atau lama tidak memberi sebarang kesan kepada
pembelajaran kemahiran baru. Sebagai contoh, kemahiran bola sepak tidak memberi
sebarang kesan terhadap penggangunan kemahiran didalam permainan golf
1.3.4
Pemindahan bilateral (sisi)
Sekiranya berlaku pemindahan maklumat
daripada anggota dominan kepada bukan dominan
1.4 Syarat-syarat pemindahan pembelajaran
Q Kefahaman –
pemain atau pelajar telah memahami kemahiran pembelajarannya sebelum
pengaplikasian dilaksanakan atau dijalankan
Q Kesamaan –
para pelajar hendaklah berupaya melihat kesamaan diantara dua aktiviti yang
dipelajari
Q Kemahiran
-
Pemain-pemain terlah memperolehi kemahiran pada tahap yang tinggi dalam satu-satu
situasi sebelum dapat dipindahkan kepada situasi yang lain.
Q Motif
-
Sebelum pemindahan pembelajaran dapat berlaku, seseorang pemain hendaklah
mempunyai hasrat untuk melakukannya. Contoh seorang pemain bola keranjang
wanita yang telah mempelajari prinsip-prinsip menjaring hendaklah mempunyai
hasrat memindahkannya ketika dia bermain bola jaring.
Q Celik
akal - Celik akal yang diperolehi dari satu-satu konsep,
prinsip atau hukum membolehkan pemindahan pembelajaran boleh dilakukan.
2.
Pengekalan
dan memori motor
Kebolehan
untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip
ini penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah
asas kepada penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks. Ingatan
jangka pendek (‘short term memory’) mempunyai beberapa limitasi :
·
Pelupaan yang cepat
·
Item yang tidak diulangi (rehearse)
boleh hilang dalam 20-30 saat
·
Gangguan dan luput adalah 2 jenis kehilangan
maklumat
·
Tetapi gangguan adalah sebab utama yang
menyebabkan manusia lupa
·
Gangguan boleh berlaku sebelum (proaktif)
atau selepas (retroaktif) item diuji
·
Keupayaan - recall adalah lebih
berkesan apabila proses chunking. Dilakukan pada sekumpulan maklumat
3.
Kehilangan
keupayaan pengekalalan
3.1 Definisi
Q Definisi
ingatan
·
Ingatan merupakan
proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan
kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang
diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.
·
Mengikut Atan Along
(1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan
penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam
otaknya.
·
Fein (1978)
mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya,
menyimpan dan mengeluarkannya.
·
Verno (1980)
berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna
untuk menjadi pengalaman pada masa depan.
·
Kesimpulannya,
ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses
dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
Q Definisi lupaan
·
Lupaan merupakan
kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami.
·
Lupaan juga boleh
didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang
telah dipelajari.
·
Eric Erikson
(1963), lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai
kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu.
3.2 Jenis-jenis lupaan
Q Keusangan/ hilang kesan ingatan.
Q Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm
ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan.
Q Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam
ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali.
Q Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia
mudah dilupai.
Q Lupaan ganggu
Q Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam
ingatan jangka panjang.
Q Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses
pembelajaran yg lama.
Q Lupaan terdesak
Q Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg
mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
3.3 Faktok-faktor terjadi lupaan
Q Antara
faktor yang mempengaruhi lupaan adalah
Q Minat
·
Perkara yg tidak
diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak
memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar.
·
Mereka juga kurang
berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh
menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
Q Perasaan
takut dan bimbang
·
Pelajar yg
berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar
oleh guru.
·
Guru yg garang dan
tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan
mengingati pelajaran terjejas.
Q Peredaran masa
·
Makin lama jarak di
antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur
maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.
·
Kesan ingatan
(memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg
lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
Q Keusangan
·
Persekitaran yg
berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman
lama yg berkaitang dengan dirinya.
·
Maklumat lama yg
disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di
dalam persekitaran yg baru.
·
Contohnya, Ahmad
mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25
tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat.
·
Maklumat lama dalam
ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.
Q Pengalaman yang pahit
·
Individu
mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja
kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi.
·
Maklumat ini
tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia.
·
Ini merupakan
satu cara helah bela diri manusia untuk
menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
Q Masa yang tidak mencukupi untuk mengingat
·
Jika guru meminta
jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
·
Ini kerana pelajar
berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.
Q Aras keyakinan
·
Aras keyakinan yg
tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan
proses lupaan.
·
Contohnya, guru yg
berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses
p&p.
Q Kekurangan kejelikitan pada ingatan
·
Maklumat baru tidak
dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru
kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah.
·
Maklumat baru ini
tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada
pengetahuan sedia ada pelajar.
·
Oleh itu,
konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk
menentukan kejelikitan kepada ingatan.
Q Gangguan proaktif dan retroaktif
·
Gangguan proaktif
berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru.
·
Gangguan retroaktif
pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun
guru telah mengajar pembelajaran yang baru.
Q Terlalu banyak perkara yang perlu diingati
·
Pelajar akan
menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu
diingati.
·
Ini biasa berlaku
semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg
perlu diingati.
·
Fikiran akan buntu
dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.
3.4 Cara-cara menguatkan ingatan
Q Antara
faktor yang boleh mempertingkatkan ingatan adalah seperti berikut
Q Belajar
berlebihan
·
Kajian menunjukkan
bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah
apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai
sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan
terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
Q Pemahaman
·
Guru perlu menekankan
tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila
pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar
maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan
yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:
100816449362516941
·
Oleh kerana angka
di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar
untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan
satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk
angka dari 10 hingga 1.
Q Mengaitkan bahan baru dengan yang sedia ada
·
Guru patut berusaha
untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang
sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang
perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori.
Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang
teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
Q Mengajar menggunakan bahan pembelajaran yang
bermakna supaya ia lebih mudah diingati oleh murid
·
Guru boleh
menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman
mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
Q Iklim
pembelajaran yang kondusif
·
Membentuk iklim
pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum
aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh
keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
Q Mengajar dengan cara dan teknik yang menarik
·
Gunakan teknik
motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran.
Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan
membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
3.5 Kesimpulan
·
Ingatan dan lupaan
merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran.
·
Dalam pemprosesan
maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa
yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang
lebih banyak melalui proses lupaan.
·
Sebagai guru adalah
penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses
pembelajaran.
·
Peringkat
pembelajaran kognitif adalah dimana tahap pembelajaran dimana pembentukan
konsep keseluruhan kemahiran motor dengan memperolehi maklumat melalui
deri-deri sensori
·
Peringkat
hubungkait adalah tahap perlakuan suatu kemahiran itu lebih konsisten
·
Autonomous adalah
dimana suatu kemahiran itu secara automatinya dikuasai, stabil dan mudah
4.
Pengukuran
pengekalan dan pemindahan
4.1 Penilaian
dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan mengikut
prinsip berikut:
·
Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi
pembelajaran
·
Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran
berikutnya
·
Pembelajaran yang telah sedia ada dalam
sesuatu tugasan mempengaruhi pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.
4.2 Walau
bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui beberapa jenis
pemindahan iaitu :
4.2.1
Pemindahan
Positif
Q Kesan
pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas,
memudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru.
Q Contohnya
; seorang pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran motor permainan
pingpong dengan lebih mudah dan cepat.
4.2.2
Pemindahan negatif
Q Kesan
pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motorlepas
menyukarkannya mempelajari sesuatu kemahiran motor baru.
Q Contohnya
; pemain badminton akan mengalami kesukaran dalam proses pembelajaran kemahiran
tennis
4.2.3 Pemindahan
Neutral atau Kosong
Q Kesan
pemindahan neutral atau kosong berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor
lepas tidak memberi sebarang kesan kepada pembelajaran kemahiran motor yang
baru. Contohnya: kemahiran motor dalam permainan bola keranjang tidak akan
mempengaruhi pembelajaran kemahiran dalam permainan bola sepak. Cadangkan satu
contoh perlakuan yang boleh dikaitkan dengan keenam-enam faktor di atas.
Bincang dengan tutor anda bagi memastikan contoh anda itu tepat.
Q Terdapat
beberapa faktor yang akan mempengaruhi pemindahan Pembelajaran kemahiran.
Huraikan secara ringkas bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi proses
pemindahan sesuatu pembelajaran kemahiran.
5. Rumusan
Peringkat pembelajaran kognitif di mana tahap
di mana pelajar cuba membentuk konsep keseluruhan sesuatu kemahiran motor denganmemperolehi
maklumat melalui deria-deria dalam bentuk maklum balas sensori melalui
pemerhatian, memperolehi maklum balas lisan daripada guru atau melalui otot
otot gelendong yang menghalusi setiap pergerakan secara dalaman.
Peringkat hubung kait merupakan tahap di mana
perlakuan sesuatu kemahiran akan lebih konsisten.
Peringkat pembelajaran autonomous merupakan
tahap di mana sesuatu kemahiran yang dipelajari akan menjadi automatik, stabil dan
mudah. Model Fitts dan Posner mencadangka bahawa pelajar mesti melalui tiga peringkat
pembelajaran: peringkat kognitif iaitu pelajar mula melibatkan diri dengan
kebanyakan aktiviti kognitif seperti penyelesaian masalah, pengarahan tumpuan
kepada pergerakan dan sebagainya; peringkat hubung
kait iaitu pelajar mengurangkan aktiviti kognitif terlibat dalam perlakuan
sesuatu kemahiran dan berusaha menghalusi kemahiran untuk menghubung kaitkan
kejayaan perlakuan dan kekonsistensian; dan peringkat autonomous iaitu
pelajar melakukan sesuatu kemahiran secara automatik.
Model Gentile mencadangkan pelajar melalui
dua peringkat pembelajaran;peringkat motor di mana matlamat pelajar permulaan
adalah untuk membentuk satu koordinasi corak pergerakan dan mempelajari untuk
mendiskriminasikan situasi situasi regulatori dan bukan regulatori; peringkat
kedua adalah peringkat penetapan di mana matlamat pelajar adalah untuk
menguasai kebolehan untuk mengadaptasikan corak pergerakan yang dipelajar di
peringkat awal untuk memenuhi situasi perlakuan dan meningkatkan konsistensi
perlakuan serta melakukan Perlakan dengan usaha yang minima. Matlamat
pergerakan adalah kemahiran spesifik dalam peringkat ini, untuk kemahiran
tertutup ia memerlukan fiksasi (fixation) corak pergerakan itu dan
kemahiran terbuka memerlukan satu diversifikasi corak pergerakan itu.
Pengaruh pengalaman lepas mungkin
menggalakkan, menghalang atau tidak ada kesan ke atas perlakuan sesuatu
kemahiran dalam kontak baru atau pembelajaran sesuatu kemahiran baru.
Terdapat beberapa jenis pemindahan:
pemindahan positif, pemindahan negatif, pemindahan bilateral dan pemindahan
kosong atau neutral.
boleh saya tahu apa maksud pemindahan proaktif dan pemindahan retroaktif dalam pembelajaran motor?
ReplyDelete