TAJUK 3 : PERTUMBUHAN SOMATIK
1.0
Pengukuran yang lazim
digunakan dalam Kajian Pertumbuhan :
Satu teknik ukuran atau paiwai yang sistematik untuk mengukur badan manusia
dan anggota badan adalah dikenali sebagai antropometri (anthropomentry) di mana
Anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
Secara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk
badan seseorang.
a) Berat adalah pengukuran
ke atas jisim badan.
b) Ketinggian (stature)
adalah pengukuran jarak lainer dari lantai ke bahagian atas ( puncak )
tengorak.
c) Panjang berbaring
(recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2
hingga 3 tahun, dalam keadaan berbaring.
d) Ketinggian duduk ( sitting height ) adalah ketinggian semasa
berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.
e) Ukuran melebar biacromial
adalah ukuran jarak cuaran acromia scapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran
lebar bahu.
f) Ukuran lebar bicristal
adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah
ukuran lebar pinggul.
g) Lebar bicondylar adalah
ukuran dari tulang kondil ( condyles ) femur manakala ukuran lebar
biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus.
h) Ukuran lilitan lengan
lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon (
hujung siku ).
i) Ukuran lilitan betis
adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat disebarkan
dengan sekatanya.
j) Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan
lemak di bawah kulit (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
k) Pengukuran ketebalan
lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular
l) Ukuran lilit kepala
lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sebagi
petunjuk pertumbuhan otak.
m) Indeks jisim badan ( BMI )adalah ukuran yang
menghubungkan berat ( kg ) dan ketinggian ( m ).
2.0
Corak Pertumbuhan Dalam
ketinggian Dan Berat Badan :
Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam
kajian pertumbuhan. Dari peringkat kelahiran sehingga awal remaja, seterusnya
dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukan satu corak pertumbuhan yang
terdiri daripada empat fasa iaitu:
(a) Pesat diperingkat bayi
dan awal kanak-kanak
(b) Malar diperingkat pertengahan kanak-kanak
(c) Pesat diperingkat awal
remaja, dan
(d) Perlahan selepas remaja
dan berhenti di peringkat dewasa
Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi.
Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk
tempoh dua tahun. Kadar pertumbuhan perempuan berhenti apabila mencapai umur 16
tahun manakala bagi kaum lelaki pertumbuhan ini akan terus berkembang untuk
tempoh dua tahun lagi.
2.1 Pertumbuhan Dalam Dimensi Anggota Lain :
·
Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang
meningkat kecuali lapisan lemak bawah kulit, bahagian kepala dan muka.
·
Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam satu tempoh
yang panjang dan menyumbang kepada lebih ketinggian keseluruhan berbanding
panjang kaki.
·
Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding
perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai iliac crest yang sama.
·
Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang
serupa dengan berat badan.
·
Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak
kelahiran 2 tahun , dan mula perlahan selepas itu.
2.2 Perubahan Perkadaran Anggota Badan :
·
Walaupun corak pertumbuhan bentuk keluk pertumbuhan dalam
kebanyakan anggota badan hamper sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar
pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
·
Pertumbuhan allolmetric adalah hubungan sistematik antara
anggota badan semasa pertumbuhan.
·
Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan
paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak
sehinggalah ke alam remaja.
·
Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran
yang sama dalam panjang kaki dan panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam
remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek
berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.
2.3 Perkembangan Badan
Hippocrates pada zamannya
mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus ( liner ) dan
habitus apoplecticus ( lateral ). Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh
William Sheldon ( 1940 ) adalah kaedah yang lazim digunakan pada hari ini.
Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan ( somatotype, soma = badan )
3.0 Definisi Istilah Somatotaip
Rupa bentuk dan jenis
susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem klasifikasi jenis fizikal
manusia.
Rajah: Bentuk
Badan Dan Komposisi Bagi Wanita
a) Endomorf
Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang
tinggi, sifat dan (jika ada) berotot tegap sedikit
sahaja. Perhubungan badan yang berlemak tidak
semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala dilindungi
dibawah lemak.
Rajah: Bentuk Badan Endomorf
b)
Mesomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar
dan tegap dengan bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan
garis pinggang yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang
tidak berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan
kuasa.
Rajah: Bentuk Badan Mesomorf
c)
Ektomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan
kaki yang panjang, bahagian atas tubuh
pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi. Mereka juga
mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam kategori ini
mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu mereka dikenali
sebagai golongan yang kurus.
Rajah: Bentuk Badan Ektomorph
4.0 Komposisi badan yang menjurus kepada sukan
Seperti yang
diketahui bahawa komposisi tubuh badan memainkan peranan yang sangat penting
dalam bidang sukan. Malah dalam acara-acara tertentu ia memerlukan komposisi
badan yang sesuai dalam sukan atau acara-acara yang diceburi oleh para atlit .
Walaupun banyak kajian telah dijalankan oleh para ahli sukan, maka tidak syak
lagi komposisi tubuh badan ektomorph,mesomorph atau endomorph sangat diberi
perhatian oleh para pengkaji-pengkaji dalam mencapai matlamat dan objektif.
Bagi atlit yang mempunyai badan ektomorph sering terlibat dalam acara
olahraga atau acara lari pecut kerana dengan keadaan badan yang agak sesuai
untuk acara ini.
Para atlit
juga boleh menceburi acara larian jarak dekat atau sederhana. Di samping
itu acara lompat tinggi juga selalunya menjadi pilihan dengan keadaan tubuh
yang fizikalnya tinggi dan lampai. Mereka ini mempunyai tenaga kuat dalam
memecut ke garisan penamat atau menamatkan acara lari jarak sederhana atau
jauh. Antara permainan yang boleh
disertai oelh golongan ektomorph ini ialah bola tampar yang pada kebiasaannya
mempunyai pemain-pemain yang tinggi lampai dan cergas. Disamping itu juga ia
juga boleh terlibat dalam acara bola baling yang memerlukan kepantasan dan
kekuaran dalam memjaringkan gol.
Bagi atlit yangmempunyai komposisi tubuh
endomorph pula sering terlibat dalam acara-acara padang contohnya acara lontar
peluru.
5.0 Antropometri dan Somatotaip
Nik Shanita dan Hera
(1999) dalam kajiannya yang bertajuk “Status pemakanan di kalangan atlet elit
bola jaring perempuan Sukan Komanwel semasa menjalani latihan pusat” menyatakan
bahawa ciri fizikal atlet elit bola jaring Sukan Komanwel pada amnya baik jika
dibandingkan dengan kajian tempatan lain. Walaubagaimanapun, tiada penerangan
yang lebih spesifik tentang ciri fizikal tubuh atlet dinyatakan kerana kajian lebih
memfokuskan kepada status pemakanan.
Menurut Johnson dan Nelson (1986), Willian H. Sheldon
merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang somatotaip. Beliau
dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga perintis-perintis sebelumnya. Sheldon telah
menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri fizikal tubuh badan yang asas iaitu
endomorf, mesomof dan ektomorf.
Lazimnya, ciri-ciri fizikal tubuh badan manusia mempunyai
kaitan dengan personaliti dan tingkah laku, kesihatan dan prestasi fizikalnya.
Pada masa kini, masyarakat mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap
kegemukan, kelangsingan dan ketegapan tubuh badan, konsep ini telah membawa
kepada asas pembentukan somatotaip (Willgoose, 1961).
Data antropometri dalam sukan bola jaring adalah terhad.
Bagaimanapun, Bale dan Hunt (1986) telah membuat satu kajian perkaitan antara
antropometri dengan piawai dan posisi permainan. Kebanyakan atlet elit bola
jaring adalah tinggi, mempunyai kekuatan, struktur fizikal yang seimbang dan
peratus lemak badan yang tinggi (Bale dan Hunt, 1986).
Kajian yang dilakukan mendapati pemain penyerang dan pertahanan
lebih tinggi berbanding pemain tengah yang secara signifikannya adalah lebih
rendah, mempunyai diameter tulang dan ukur lilit anggota badan (tangan dan kaki)
yang lebih kecil. Elliot dan Smith (1983) pula mengkaji hubungan antara ketepatan
jaringan gol dengan antropometri yang dipilih dan faktor-faktor biomekanikal.
Keputusan yang diperolehi mendapati penjaring yang tinggi, kurang mesomorf dan mempunyai
peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat jaringannya.
RUJUKAN
Arthur
D. Stewart & Laura Sutton. (2012). Body
Composition in Sport, Exercise and Health. New York: Taylor & Francis
Group.
James
Mourilyan Tanner. (2010). A History of
the Study of Human Growth. USA: Cambridge University Press
Noel
Cameron. (2002). Human Growth and
Development. USA: Academic Press
Robert
M. Malina, Claude Bouchard & Oded Bar-Or. (2004). Growth, Maturation, and Physical Activity. USA: Human Kinetics.
No comments:
Post a Comment