Friday 1 February 2013

Kavithrra Wasudaven-Perbezaan individu


1.0 PERBEZAAN INDIVIDU
1.1 Definisi Perbezaan Individu
Perbezaan individu ialah satu proses yang berterusan dan kekal. Menurut Schmidt & Wrisberg, (2000), perbezaan individu juga ditakrifkan sebagai perbezaan, stabil dan berkekalan dalam kalangan individu yang menyumbang kepada perbezaan dalam prestasi tugas. Kata kunci bagi definisi perbezaan individu ialah stabil dan berkekalan. Woodcock ( 2000) pula membahagikan perbezaan individu keada dua jenis iaitu :
a)    Interindividu
b)    Intraindividu
Oval: Perbezaan Individu                                                                                                                                      
                                                                                                        
 





Peta minda diatas menunjukkan jenis perbezaan individu

1.2 Konsep Perbezaan Individu
Konsep perbezaan individu boleh diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dalam kalangan individu. Mengikut Dictionary of Psychology (1993), perbezaan individu dihuraikan sebagai ‘variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat, dan lain;lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan”.Huraian ini menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah “ individual differences are the variations observe among members of any group in particular characteristics, such as temperament, energy level, friendship patterns and parental- child attachment”. Hensin dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching menyatakan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah ( contohnya seperti takut melakukan kesilapan takut bertanya).

1.3 Aspek-aspek perbezaan individu
Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personality serta reaksi emosi. Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:
Kognitif
·         Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira. Contohnya, pintar, cerdik, slow/ fast learners.
Fizikal
·         Perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut. Contohnya, cantik, tegap, gemuk dan kacak.
Sosial
·         Kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat introvet atau ekstrovet. Contohnya, peramah, pendiam dan sebagainya.
Emosi
·         Kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain. Contohnya, sabar, marah, dan malu.
Kecerdasan
·         Kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini. Contohnya, pandai.

1.4 Faktor-faktor Perbezaan Individu

 Faktor perbezaan individu dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
1.    Baka
2.    Persekitaran

1.4.1 Baka

Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara ciri-ciri perbezaan individu yang dipengaruhi oleh baka ialah:
·         Warna mata, jenis rambut, warna kulit
·         Penyakit – disleksia, hiperaktif
·         Saiz dan bentuk badan

1.4.2 Persekitaran

Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat.









2.0  Pelbagai Keupayaan

Keupayaan merupakan sifat umum atau kapasiti individu yang menentu pencapaian potensi seseorang untuk mencapai prestasi yang spesifik. Salah satu masalah dalam mengkaji konsep keupayaan adalah kerana ia berkaitan dengan prestasi kemahiran motor yang mempunyai istilah keupayaan yang berbeza.

Perbezaan individu yang dilihat dalam jumlah kejayaan orang yang mencapai prestasi kemahiran motor bergantung kepada tahap prestasi kemahiran itu. Setiap individu mempunyai pelbagai keupayaan yang berbeza dari segi jasmani, emosi , rohani, intelek dan sosial. Setiap daripadanya memberi kelebihan kepada diri individu tersebut. Antaranya adalah :






Text Box: Peta minda diatas menunjukkan aspek pelbagai keupayaan
 





a)    Jasmani/ Fizikal

Dari segi fizikal, seseorang itu kan berbeza bentuk tubuh badannya, jantinanya dan kemahirannya. Perbezaan ini memberi kelebihan dan keupayaan kepada individu tersebut terutamanya dalam bidang sukan. Oleh itu,berdasarkan keupayaan diri mereka, individu boleh memilih bidang sukan mereka sendiri.  Salah satu faktor fizikal ialah perbezaan bentuk badan
Manusia mempunyai tiga jenis bentuk bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf.

      I.        Endomorf
·         Individu yang berbentuk badan endomorf mempunyai bentuk besar, badan yang bulat dan berat. Sukan yang sesuai bagi individu yang mempunyai badan yang berbentuk endomorf ialah lontar peluru, lempar tukul besi, ahli gusti dan sebagainya.

    II.        Ektomorf
·         Individu yang berbentuk badan ektomorf mempuyai bentuk badan yang kurus dan ringan. Acara sukan yang sesuai bagi individu yang mempunyai badan yang berbentuk entomorf ialah acara lompat tinggi, lari jarak jauh dan sebagainya.

   III.        Mesomorf
·         Individu yang berbentuk badan mesomorf mempunyai bentuk badan yang tegap dan berotot. Antara sukan yang sesuai bagi individu yang mempunyai badan yang berbentuk mesomorf  ialah acara pecut, renang dan sebagainya.


                                                                                                                                         








Text Box: Gambar rajah diatas menunjukkan jenis perbezaan bentuk badan iaitu ektomorf, endomorf dan mesomorf.
 

b)    Emosi

Selain perbezaan fizikal, perbezaan emosi juga adalah elemen perbezaan yang penting yang membezakan individu. Istilah emosi merujuk kepada keadaan kebangkitan dalaman yang berlaku dalam diri seseorang. Kebangkitan dalam inisebagai reaksi terhadap sesuatu benda atau situasi yang tertentu. Setiap individu mempunyai emosi yang berbeza dalam situasi yang sama.
Dalam bidang sukan emosi juga memainkan peranan yang tinggi bagi membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang sukan. Sebagai contoh seorang pemain bola perlu mempunyai kemahiran untuk mengawal emosi mereka kerana jika tidak mereka akan menghadapi tekanan dan akhirnya akan merencatkan persembahan mereka dan lebih teruk lagi bolehmenyebabkan berlakunya pergaduhan.

c)    Rohani

Setiap individu juga mempunyai kepercayaan, prinsip hidup, pegangan agama dan falsafah yang berbeza. Bagi setiap individu, falsafah dan prinip hidup memainkan peranan penting untuk memastikan kehidupan yang berjaya. Dalam bidang sukan, seseorang atlit mestilah mempunyai kerohanian yang tinggi dalam memastikan prestasi dapat dikekalkan dalam masa yang panjang. Sebagai contoh, sebagai seorang pelari pecut, disiplin ketika menjalani latihan dan kaedah pemakanan adalah amat penting bagi memastikan prestasi tidak akan menurun.

d)    Intelek

Perbezaan mental memberi kesan yang penting dalam persekolahan seseorang pelajar.  Setiap individu juga mempunyai intelek yang berbeza. Ahli-ahli psikologi menjalankan pelbagai kajian bagi memahami dengan jelas fenomena perbezaan individu yang berkaitan dengan aspek mental ini. Antara ahli psikologi yang menjalankan kajian tersebut adalah Newman (1937) dan Galton (1869). Hasil daripada kajian yang mereka lakukan mendapati kanak-kanak berbeza daripada segi kebolehan dan kecerdasan intelek.
 Dalam bidang sukan, daya pemikiran yang diperlukan bagi setiap acara juga berbeza. Sebagai contoh seorang pemain bola sepak perlulah pandai memikirkan strategi untuk menembusi benteng pertahanan pihak lawan.

e)    Sosial

Status sosioekonomi merujuk kepada suatu bentuk pengukuran prestij dalam satu bentuk kumpulan sosial yang tertentu.Dari segi pergaulan, dan cara hidup, setiap individu mempunyai cara mereka sendiri. Dalam aspek ini termasuklah komunikasi, kerjasama, hubungan dan lain-lain. Dalam bidang sukan, komunikasi amat penting lebih-lebih lagi dalam acara yang melibatkan kumpulan kerana tanpa komunikasi, permainan tidak akan mencapai matlamat yang dikehendaki.














3.0 Pelbagai Taksonomi
3.1 Taksonomi Keupayaan Motor Fleishman (1978)
Istilah keupayaan merujuk kepada kapasiti individu yang berkaitan dengan prestasi pelbagai tugas (Fleishman, 1998). Apabila melihat keupayaan sebagai kapasiti, keupayaan harus dilihat sebagai sifat yang agak berkekalan individu.Titik fokus kajian mengenai perbezaan individu telah mengenal pasti dan pengukuran kebolehan motor.
Edwin Fleishman telah merupakan salah satu daripada penyelidik yang paling berjaya dalam bidang ini dan mempuyai kebolehan untuk mengklasifikasikan motor dalam membentuk asas perbincangan.

Text Box: Jadual 3.1 menunjukkan kategori keupayaan motor  mengikut kajian Fleishman (1978)

 


Kategori Keupayaan
Penerangan
Contoh
Penyelarasan pelbagai anggota badan
Keupayaan untuk menyelaras bilangan anggota badan secara serentak.
·         Bermain piano, di mana kedua-dua tangan dan kaki yang terlibat

Mengawal ketepatan
Keupayaan untuk membuat kawalan yang tinggi dan pelarasan berotot tepat dimana melibatkan kumpulan-kumpulan otot yang lebih besar.

·         Mengayun raket



Orientasi Respons

Keupayaan untuk memilih pesat di mana tindak balas harus dibuat.
·         Bola bertindak balas kepada pergerakan pemain pertahanan  dengan masa untuk menggelecek, menghantar dan membuat pukulan bola.
Masa reaksi
Keupayaan tindak balas masa kepada rangsangan apabila ia muncul.
·         Permulaan pecut dalam renang, larian 100m.
Kelajuan Pergerakan Lengan
Keupayaan untuk membuat pergerakan lengan kasar.
·         Melontar bola untuk kelajuan dan bukannya untuk ketepatan.
Kawalan Kadar
Keupayaan untuk menukar kelajuan dan arah dengan masa yang tepat.
·         Memandu kereta di lebuh raya
Ketangkasan Manual
Keupayaan untuk membuat mahir, tangan diarahkan  dengan pergerakan lengan yang terlibat dalam memanipulasi objek di bawah syarat-syarat yang laju.
·         Berjalan sambil menggelecek dan mengekalkan kawalan bola keranjang.

Ketangkasan Jari
Keupayaan untuk melaksanakan mahir, manipulasi mengawal objek kecil yang melibatkan terutamanya jari.

·         Pusing baton
Keunggulan lengan-tangan
Keupayaan untuk membuat kedudukan tepat pergerakan lengan tangan di mana kekuatan dan kelajuan minimum terlibat.

·         Mensasarkan dalam memanah
Kelajuan Pergelangan tangan, Jari
Keupayaan untuk mengerakkan pergelangan tangan dan jari dengan kerap.

·         Menaip

Sasaran
Keupayaan membuat sasaran tepat pada objek kecil di angkasa.
·         Pemain drum mengerakkan drum kayu dengan cepat daripada dram perangkap ke canang kecil.










4.0 Pembolehubah Perbezaan Individu
Dalam mempelajari kemahiran motor, kebolehan seseorang untuk menguasai sesuatu kemahiran berbeza. Pembolehubah perbezaan individu telah dikemukakan oleh Fleishman (1972) berdasarkan dua taksonomi keupayaan motor iaitu :
4.1  Keupayaan persepsi motor
4.2  Kecekapan fizikal   

a)    Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor                                                                       

Text Box: Peta minda diatas menunjukkan ciri-ciri keupayaan persepsi motor
 















      I.                Koordinasi pelbagai anggota
·         Kebolehan menyeleras pelbagai anggota badan dalam satu pergerakn pada masa yang sama.
·         Contoh : Menggelecek bola hoki sambil berlari memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan kaki.

    II.                Ketepatan kawalan
·         Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasil pergerakan adalah kemas dan tepat.
·         Contoh : Atlet terjun papan anjal dapat mengawal pergerakan postur semasa terjunan.

   III.                Orientasi Respons
·         Keupayaan tentukan respon yang sesuai dihasilkan mengikut keperluan persekitaran.
·         Contoh : Keupayaan penjaga gol untuk mengecilkan sudut bagi pihak lawan menjaringkan gol.

  IV.                Masa reaksi
·         Kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap rangsangan dalam tempoh masa yang singkat.
·         Contoh : Masa yang diambil oleh seorang pelari 100 m untuk memulakan larian selepas mendengar bunyi tembakan permulaan.

    V.                Kelajuan pergerakan tangan
·         Keupayaan mengubah tangan daripada kedudukan asal ke lain dengan pantas.
·         Contoh : Penjaga gol dengan spontan bertindak menepis keluar bola yang datang ke arahnya dalam keadaan tidak bersedia.

  VI.                Kadar kewalan
·         Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya selaras dengan respons persekitaraan .
·         Contoh : Pemain badminton menukar rentak permainian dengan pukulan laju secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak lawan.
 VII.                Ketangkasan manual
·         Keupayaan menggerakan keseluruhan bahagian tangan dengan memanipulasikan alatan yang bergerak laju.
·         Contoh : Seorang pemain bola jarring dapat menerima hantaran bola yang bergerak laju.

VIII.                Kecekapan jari
·         Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil.
·         Contoh : Penggunaan jari-jari dalam permainan dart dan pitching dalam sofbol.

  IX.                Ketegapan tangan.
·         Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat supaya dapat meminimakan kekuatan dan kelajuan.
·         Contoh : Pemain tenis yang melakukan hantaran kilas, kedudukan tangan yang tegap membantu meminimakan tenaga yang digunakan.
      jari dan pergelangan tangan

    X.                Kelajuan jari dan pergelangan tangan
·         Keupayaan jari dan pergelangan tangan melakukan pergerakan alternative dengan pantas.
·         Contoh : Seorang pemain badminton yang boleh melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat.







b)    Ciri-ciri Kecekapan Fizikal







                                                                                                                                                                                            

Text Box: Peta minda menunjukkan ciri-ciri kecekapan fizikal.
 




i.              Kekuatan Statik
·         Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek luaran yang static (pegun)
·         Contoh: Menolak dinding

ii.            Kekuatan Dinamik
·         Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan yang berulang-ulang.
·         Contoh : Mengangkat dan menurunkan beban berulang kali dalam latihan angkat berat.

iii.           Kekuatan Eksplosif
·         Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif.
·         Contoh: Melakukan lonjakan dalam lompat jauh.

iv.           Kekuatan Bahagian Anggota Atas
·         Kekuatan otot pada bahagian badan.
·         Contoh : Otot bahagian abdomen dan ektoralis major.

v.            Kelenturan Statik
·         Kebolehan melentur atau meregang bahagian badan dan belakang badan.
·         Contoh : Melentik badan ke belakang

vi.           Kelenturan Dinamik
·         Kebolehan melentur otot bahagian badan secara berulang-ulang.
·         Contoh : Duduk melunjur dan sentuh hujung jari kaki.

vii.          Koordinasi Asas
·         Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan semasa pergerakan.
·         Semasa menerima servis, melibatkan koordinasi mata-tangan dan tangan-kaki.

viii.        Keseimbangan Asas
·         Keupayaan mengekalkan imbangan badan semasa bergerak tanpa bantuan penglihatan.
·         Contoh : Melakukan dirian tangan

ix.           Daya Tahan
·         Keupayaan melakukan aktivti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama.
·         Contoh : berlari jarak jauh





RUJUKAN

Buku
Dr. Mohd K. Z., Haji abdul A. Z. ( 2008). Motor Learning And Control. Kuala Lumpur : Open
      University Malaysia.
Mook Soon Sang. (2006). Perkembangan Kanak-Kanak.  Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia
      Sdn. Bhd.
Shahabuddin R., Mahani R. dan Ramlah J. (2004). Psikologi Pendidikan. Pahang: PTS
      Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Internet
Nordin Tahir (2004). Perbezaan Individu. Dipetik pada Ogos 29, 2012,














No comments:

Post a Comment