Definisi koordinasi
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan
menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan
tertentu
kemahiran ini dapat mempertingkatkan
kecekapan dan keberkesanan atlet dalam semua acara sama ada secara perseorangan
atau pun berpasukan.
Sambungan…
Koordinasi juga adalah satu ciri
tingkahlaku yang penting untuk menjalankan sesuatu lakuan motor dengan
pantas, efisyen dan efektif.
Kecekapan seseorang individu untuk
bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan atau stimulus sangat berfaedah
kepada individu tersebut
Kategori
koordinasi
Koordinasi badan terdiri dari koordinasi
saraf dan koordinasi kimia.
Koordinasi badan penting supaya setiap
anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.
Koordinasi badan (body coordination)
dikelaskan kepada dua jenis, iaitu;
1.
Koordinasi saraf (nervous coordination)
2.
Koordinasi hormon (hormonal coordination)
Koordinasi
saraf
Koordinasi saraf (nervous coordination)
adalah merujuk kepada koordinasi sistem badan terhadap rangsangan (stimuli)
yang mengakibatkan tindak balas yang sesuai melalui penghantaran impuls (impulses).
Reseptor (receptor) adalah sel deria yang
terdapat di dalam organ deria kita.
Reseptor mengesan rangsangan pada
persekitaran.
Sambungan…
Terdapat banyak jenis reseptor yang mana
setiap satunya sensitif kepada satu jenis rangsangan sahaja.
Sebagai contoh, reseptor pada mata (eyes)
sensitif terhadap cahaya (light); reseptor pada telinga (ears) sensitif
terhadap bunyi (sound). Efektor (effector) adalah organ-organ yang
bertindak balas terhadap arahan (impuls) yang diterima daripada sistem saraf
pusat (central nervous system).
Koordinasi kimia
koordinasi kimia dikawal oleh hormon dan
kelenjar endokrin.
Hormon adalah bahan kimia dalam badan yang
mengawal aktiviti badan.
Hormon dihasilkan oleh bahagian badan yang
disebut sebagai kelenjar endokrin.
Kelenjar endokrin juga digelar
"kelenjar tanpa duktus" kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam
aliran darah kita.
Sambungan…
Manusia mempunyai 6 jenis kelenjar
endokrin utama iaitu :-
a. Pituitari - terletak dalam otak ia mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam pertumbuhan.
b. Tiroid - terletak di tepi leher ia mengawal metabolisme, perkembangan otak.
c. Adrenal - terletak di atas ginjal ia menolong seseorang menghadapi kecemasan.
d. Pankreas - terletak di pankreas ia mengawal aras gula dalam darah.
e. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari ia mengawal perkembangan seks.
f. Testis (lelaki) - terletak dalam testis ia mengawal perkembangan seks.
a. Pituitari - terletak dalam otak ia mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam pertumbuhan.
b. Tiroid - terletak di tepi leher ia mengawal metabolisme, perkembangan otak.
c. Adrenal - terletak di atas ginjal ia menolong seseorang menghadapi kecemasan.
d. Pankreas - terletak di pankreas ia mengawal aras gula dalam darah.
e. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari ia mengawal perkembangan seks.
f. Testis (lelaki) - terletak dalam testis ia mengawal perkembangan seks.
Sambungan…
Jika
kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan.
contohnya jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi, seseorang
akan menghidap penyakit kencing manis.
Perbandingan
koordinasi saraf dan koordinasi kimia
Koordinasi saraf
|
Koordinasi kimia
|
|
Sistem kawalan
|
Dikawal oleh sistem saraf
|
Dikawal oleh sistem endokrin
|
Bentuk maklumat
|
Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULS
|
Maklumat dihantar dalam bentuk HORMON
|
Kelajuan tindak balas
|
Gerak balasnya boleh dipercepat atau
diperlambatkan |
Gerak balas adalah lambat
|
Pusat kawalan
|
Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjang
|
Pusat kawalan adalah
kelenjar-kelenjar
|
Koordinasi
dalam permainan
Dalam permainan bola jaring penguasaan
tahap koordinasi adalah sangat diperlukan kerana permainan ini memerlukan
pergerakan fizikal serta melibatkan berbagai pergerakan seperti menangkap,
menjaring, berlari, melompat, menukar arah serta kemahiran teknikal yang
tinggi.
Permainan ini tidak memerlukan kawasan
yang luas seperti permainan bola sepak, hoki dan sebagainya.
sambungan…
Bola keranjang ialah satu sukan di mana
dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata
antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Kedua-kedua sukan ini memerlukan visual
motor dua belah tangan yang begitu penting dalam meningkatkan prestasi dalam
latihan.
Koordinasi
visual motor
Koordinasi visual motor dua belah tangan
merupakan satu komponen kebolehan motor yang dipunyai oleh setiap individu pada
kadar pencapaian yang berbeza-beza.
Ransangan terhadap koordinasi mata
dan tangan yang baik adalah aset penting bagi atlet untuk meningkatkan prestasi
pencapaiannya.
Sambungan…
Koordinasi mata-tangan dapat ditakrifkan
sebagai “keupayaan memandu dengan mata pergerakan-pergerakan bagi tangan."
Kemahiran ini adalah sering ditunjukkan
melalui aktiviti seperti stringing, tali pintal brid, dan memotong.
Sambungan…
Tahap koordinasi mata-tangan bermula pada
empat belas bulan iaitu kanak-kanak mula untuk mencuba mengutip benda-benda
yang mereka lihat.
Koordinasi mata-tangan terus ditingkatkan
dari tahun ke tahun ( High Reach Learning, 2007)
Ciri-ciri
koordinasi motor
Ciri-ciri pergerakan pula ada tiga iaitu
kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran siri.
Dihasilkan oleh individu secara terkawal
atau luar kawalan individu.
Sambungan…
Kemahiran diskrit mempunyai titik
permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik.
Ia
melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad.
Contohnya kanak-kanak menendang bola
Sambungan…
Kemahiran berterusan melibatkan pergerakan
yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir.
Contohnya kanak-kanak berlari.
Sambungan…
Kemahiran bersiri adalah gabungan beberapa
kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri.
Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan
seterusnya.
Contohnya melompat dengan kedua-dua kaki
bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas akan boleh melompat jauh dan melompat tinggi
sekiranya mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai daripada guru dan ibubapa.
No comments:
Post a Comment