Nama: Ahmad
As Siddique Bin Abdullah
Tajuk:Kematangan
1. Sinopsis
Tajuk-tajuk
dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kematangan. Ini merupakan
kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di sepanjang pusingan
hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan manusia
dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari
peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan
latihan dan senarai bahan rujukan.
2. Hasil Pembelajaran
Setelah
mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1.
Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuhkan kandungan pengetahuan
tentang pertumbuhan dan pembelajaran motor kanak-kanak;
2.
Memahami perkembangan pertumbuhan, kematangan dan kesan pembelajaran motor kanak-kanak;
3.
Memahami teori pembelajaran motor dan implikasi perkembangan penguasaan
kemahiran;
4.
Membezakan pelbagai bentuk maklumbalas, ‘knowledge of result’ dan latihan yang mempengaruhi
pembelajaran motor;
5.
Berupaya merekabentuk program pembelajaran motor dengan mengambilkira pelbagai bentuk
maklumbalas, ‘knowledge of result’, jenis latihan dan perbezaan individu;
6.
Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan
7.
Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan
3. Kerangka Konsep Tajuk Ini
4. Kandungan
6.0 Kematangan/Proses Matang (Maturation )
6.1 Kematangan
Biologi: Konsep Dan Penilaian
·
Konsep
kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang.Setiap individu
dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan perkembangan ke arah
keadaan matang.
·
Pertumbuhan
biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya bergerak seiring
dengan tarikh atau umur kronologinya.Sesetengah kanak-kanak akan berkembang
lebih pesat dari aspek biological berbanding umur kronologinya.
·
Dengan
kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama,
mereka tidak semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada
umur tersebut.
·
Petunjuk
atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya berdasarkan
kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.
6.2(a) Menilai Kematangan Rangka
·
Merupakan
kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status kematangan.
·
Rangka
merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana perkembangannya
merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh.
·
Semua
kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal danberkembang
menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa.
·
Kadar
di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, kebentuk
tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang
di dalam seseorang individu dan antara individu-individu.
·
Tulang-tulang
tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian kematangan rangka
di dalam kanak-kanak.
·
Pada
lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di atas satu
permukaan rata pada plet sinar-X.
·
Terdapat
dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang
panjang merangkumi diafisis dan epifisis.
·
Tulang
bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang kebanyakannya terletak di
pergelangan tangan.
·
Indikator
kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk menentukan kematangan
tulang.
·
Pertamanya,
adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus pada sinar-X,yang menunjukkan
penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang yang terlibat.
·
Keduanya,
adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan perbezaan bentuk
semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat dewasa.
·
Ketiganya,
melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-masing di dalam
metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan bentuk karpal
dewasa.
·
Terdapat
3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu
o
(i)
kaedah Greulich-Pyle,
o
(ii)
kaedah Tanner-Whitehouse dan
o
(iii)
kaedah Fels.
6.2(b) Menilai Kematangan Seksual
·
Penilaian
adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu
perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki)dan
bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan).
·
Penilaian
ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat remaja atau baligh.
Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan sepanjang
hayat.
·
Penilaian
lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian.
·
Peringkat
1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin lelaki adalah
sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.
·
Peringkat
2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri – peningkatan awal buah dada
(perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki
dan perempuan).
·
Peringkat
3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah sukar untuk
dinilai.
·
Peringkat
5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi setiap ciri.
·
Perlu
diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu penilaian
yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan berkembang mengikut
tahap kematangan masing-masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan
berkembang dari peringkat 1 ke 5.
·
Terdapat
2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu
o
(i)
kaedah status quo
o
(ii)
kaedah retrospective
6.2(c) Menilai
Kematangan Somatik
·
Penggunaan
ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data kajian berbentuk
longitudinal
·
Jika
data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota badan
yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan sebagai
indikator kematangan somatik.
·
Pengukuran
ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai penilaian kematangan
somatik.
·
Umur
di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah indikator yang lazim
digunakan dalam kematangan somatik.
·
Ini
adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa pertumbuhan
pesat remaja.
·
Anggaran
umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti umur di
puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk,biacromial,
bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot.
·
Satu
lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian
dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur.
6.3 Salingkaitan
Petunjuk / Indikator Kematangan
·
Secara
umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik semuanya berkait
secara positif antara satu sama lain.
·
Dapatan
kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara seksual akan mencapai
ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan pesat, dan sebaliknya.
·
Kematangan
rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks sekunder.
·
Min
umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat kematangan adalah
rapat.
·
Variasi
dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada 95% ketinggian
matang.
·
Umur
rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan kematangan seksual,
tetapi keadaan ini akan berubah apabila pertumbuhan pesat dan kematangan
seksual remaja bermula.
·
Pertumbuhan
prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan pada rangsangan hormon
pertumbuhan manakala kematangan seksual, ketinggian dan kematangan rangka di
peringkat lewat adalah di bawah rangsangan hormon pertumbuhan dan hormon
steroid.
·
Hormon
steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan
6.4 Pengaturan
Masa Dan Urutan Perubahan Dalam Kematangan Semasa Remaja
·
Pertumbuhan
pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang digunakan untuk kematangan
somatik.
·
Kelajuan
pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat maksimum dan seterusnya
mula menurun.
·
Sesetengah
kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan semasa peringkat
pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada julat umur yang lazim dalam
transisi dari kanak-kanak ke remaja.
·
Perempuan
akan matang lebih cepat daripada lelaki.Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan
maksimum dalam setiap tulang berlaku lebih cepat dalam perempuan berbanding
lelaki.
·
Pertumbuhan
maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya femur,di ikuti fibula
dan tulang-tulang anggota atas.
·
Pertumbuhan
ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan pertumbuhan maksimum humerus
dan radius.
·
Oleh
yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai kaki yang panjang,
kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami pertumbuhan pesat lebih awal
berbanding anggota atas.
·
VO2
max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas haid dan
kemudiannya akan berada di keadaan malar.
·
VO2
max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas haid.
·
Peningkatan
VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan saiz badan, dimana penurunan
VO2 max relatif pada tempoh ini menunjukkan peredaran oksigen tidak berkembang
secepat jisim badan.
·
Perubahan
dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak adalah factor signifikan yang
mempengaruhi VO2 max relatif semasa kematangan seksual dalam perempuan.
·
Perubahan
imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan pesat mungkin mempengaruhi
motivasi untuk bertanding.
6.5 (a) Variasi Berkait Dengan Kematangan Dalam Pertumbuhan
·
Kebanyakan
fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi masapertumbuhan pesat dan
kematangan seksual dapat diperhatikan dengan jelas.
·
Kanak-kanak
pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan kematangan awal,normal atau lewat
berdasarkan umur rangka, umur semasa haid atau ciri-ciri seks sekunder.
·
Penilaian
berdasarkan umur rangka
o
Umur
rangka Kategori kematangan
o
Dalam
lingkungan 1 tahun umur kronologi Normal Lebih daripada 1 tahun umur kronologi
Awal Kurang daripada 1 tahun umur kronologi Lewat
·
Penilaian
berdasarkan haid
o
Contoh:
Kehadiran haid pada umur 13 tahun
·
Kategori
kematangan
o
Antara
12 dan 14 tahun Normal Atas 14 tahun Lewat Bawah 12 tahun Awal
·
Kanak-kanak
yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat berbanding mereka yang normal
atau lewat matang.
·
Saiz
badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja bagi mereka
yang matang pada waktu yang berlainan.
·
Kanak-kanak
lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil berbanding bahu mereka.
·
Kanak-kanak
awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar berbanding bahu mereka.
·
Ektomorf
lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki dan perempuan.
·
Kajian
telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara endomorf dan mesomorf
dan umur rangka, manakala korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka
dalam kanak-kanak berumur antara 9 dan 17 tahun.
·
Korelasi
antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12 tahun,menunjukkan
pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat remaja.
·
Korelasi
antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16 tahun,menunjukkan
pengurangan atau kehilangan lemak semasa pertumbuhan.
·
Lelaki
akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di bahagian anggota hujung
dan pengumpulan yang lebih di bahagian abdomen semasa peringkat remaja.
·
Korelasi
antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 12 tahun,dan
seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun
·
Korelasi
negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 15 tahun dan
mula menurun pada lewat remaja.
·
Lelaki
yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf yang tinggi.
·
Ektomorf
yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau awal dewasa adalah
berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau panjang.
·
Mesomorf
yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih rendah dan mempunyai
kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi pertumbuhan yang pesat.
·
Endomorf
prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan pesat tetapi tidak lanjut
untuk suatu tempoh masa yang lama.
·
Dalam
lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan dan betis
meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja, berbanding perempuan.
·
Korelasi
antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat dari umur kanak-kanak
ke remaja dalam lelaki dan perempuan.
·
Ukuran
otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak awal matang
(lelaki dan perempuan) adalah besar.
6.5
(b) Variasi Berkait Dengan Kematangan
Dalam Prestasi
·
Dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif antara umur rangka
dan prestasi.
·
Korelasi
antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan adalah lebih tinggi untuk
prestasi motor.
·
Oleh
itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan menunjukkan prestasi
yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak lewat matang.
·
Prestasi
semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh umur kronologi dan
saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status kematangan.
·
Kekuatan
dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah dipengaruhi oleh perkaitan
antara umur kronologi, umur rangka, dan saiz badan. Oleh itu, adalah sukar
untuk membezakan dengan jelas kesan khusus variasi berkait kematangan dalam
penilaian kekuatan dan prestasi motor.
·
Secara
umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki adalah positif dan
signifikan kepada kematangan rangka.
·
Prestasi
motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara signifikan kepada petunjuk
kematangan rangka dan seksual.
·
Kekuatan
statik adalah berkait secara positif kepada status kematangan dalam perempuan
semasa remaja.
6.6 Tugasan
Terarah
·
Bagi
meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat
tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan kematangan
6.7 Rujukan
·
Malina,
R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004).Growth, maturation and physical activity
(2nd ed.).
·
Champaign,
IL: Human Kinetics.Schmidt, R.A., & Lee, T (2005).Motor control and
learning: A behavioral emphasis (4th ed.).
·
Champaign,
IL: Human Kinetics.Magill, R.A. (2004).Motor learning and control: Concepts and
application (7th ed.). New York,NY:
McGraw-Hill.
·
Abernethy,
B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005).The
biophysical foundations of human movement (2nd ed.).
·
Champaign,
IL: Human Kinetics.Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004).Pediatric exercise
medicine: From physiologic principles to health care application.
·
Champaign,
IL: Human Kinetics.Coker, C.A. (2004).Motor learning and control for
practitioners.
No comments:
Post a Comment