Friday 1 February 2013

Siti Nurimah Binti Yunus-Pertumbuhan Somatik


TAJUK 3 : PERTUMBUHAN SOMATIK
1.0      Pengukuran yang lazim digunakan dalam Kajian Pertumbuhan :
Satu teknik ukuran atau paiwai yang sistematik untuk mengukur badan manusia dan anggota badan adalah dikenali sebagai antropometri (anthropomentry) di mana Anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
Secara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan seseorang.
a)     Berat adalah pengukuran ke atas jisim badan.
b)     Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak lainer dari lantai ke bahagian atas ( puncak ) tengorak.
c)     Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun, dalam keadaan berbaring.
d)     Ketinggian duduk  ( sitting height ) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.
e)     Ukuran melebar biacromial adalah ukuran jarak cuaran acromia scapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
f)      Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
g)     Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil ( condyles ) femur manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus.
h)     Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon ( hujung siku ).
i)       Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat disebarkan dengan sekatanya.
j)        Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit  (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
k)     Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular
l)       Ukuran lilit kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sebagi petunjuk pertumbuhan otak.
m)     Indeks jisim badan ( BMI )adalah ukuran yang menghubungkan berat ( kg ) dan ketinggian ( m ).

2.0      Corak Pertumbuhan Dalam ketinggian Dan Berat Badan :
Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan. Dari peringkat kelahiran sehingga awal remaja, seterusnya dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu:
(a)  Pesat diperingkat bayi dan awal kanak-kanak
(b)  Malar diperingkat  pertengahan kanak-kanak
(c)  Pesat diperingkat awal remaja, dan
(d)  Perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa
Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun. Kadar pertumbuhan perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala bagi kaum lelaki pertumbuhan ini akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.



2.1  Pertumbuhan Dalam Dimensi Anggota Lain :
·         Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat kecuali lapisan lemak bawah kulit, bahagian kepala dan muka.
·         Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam satu tempoh yang panjang dan menyumbang kepada lebih ketinggian keseluruhan berbanding panjang kaki.
·         Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai iliac crest yang sama.
·         Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat badan.
·         Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran 2 tahun , dan mula perlahan selepas itu.

2.2  Perubahan Perkadaran Anggota Badan :
·         Walaupun corak pertumbuhan bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan anggota badan hamper sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
·         Pertumbuhan allolmetric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa pertumbuhan.
·         Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja.
·         Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam panjang kaki dan panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.

2.3  Perkembangan Badan
Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus ( liner ) dan habitus apoplecticus ( lateral ). Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon ( 1940 ) adalah kaedah yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan ( somatotype, soma = badan )   





    








3.0  Definisi Istilah Somatotaip
Rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem klasifikasi jenis fizikal manusia.

                                   Rajah: Bentuk Badan Dan Komposisi Bagi Wanita
a)   Endomorf
Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat                                dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang  berlemak tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala dilindungi dibawah lemak.


Rajah: Bentuk Badan Endomorf
b)   Mesomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan kuasa.
Rajah: Bentuk Badan Mesomorf
c)    Ektomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang,  bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi. Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu mereka dikenali sebagai golongan yang kurus.

Rajah: Bentuk Badan Ektomorph







4.0  Komposisi badan yang menjurus kepada sukan

 Seperti yang diketahui bahawa komposisi tubuh badan memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang sukan. Malah dalam acara-acara tertentu ia memerlukan komposisi badan yang sesuai dalam sukan atau acara-acara yang diceburi oleh para atlit . Walaupun banyak kajian telah dijalankan oleh para ahli sukan, maka tidak syak lagi komposisi tubuh badan ektomorph,mesomorph atau endomorph sangat diberi perhatian oleh para pengkaji-pengkaji dalam mencapai matlamat dan objektif.
Bagi atlit yang mempunyai badan ektomorph sering terlibat dalam acara olahraga atau acara lari pecut kerana dengan keadaan badan yang agak sesuai untuk acara ini.
Para atlit  juga boleh menceburi acara larian jarak dekat atau sederhana. Di samping itu acara lompat tinggi juga selalunya menjadi pilihan dengan keadaan tubuh yang fizikalnya tinggi dan lampai. Mereka ini mempunyai tenaga kuat dalam memecut ke garisan penamat atau menamatkan acara lari jarak sederhana atau jauh. Antara permainan yang  boleh disertai oelh golongan ektomorph ini ialah bola tampar yang pada kebiasaannya mempunyai pemain-pemain yang tinggi lampai dan cergas. Disamping itu juga ia juga boleh terlibat dalam acara bola baling yang memerlukan kepantasan dan kekuaran dalam memjaringkan gol.
Bagi atlit yangmempunyai komposisi tubuh endomorph pula sering terlibat dalam acara-acara padang contohnya acara lontar peluru.





5.0  Antropometri dan Somatotaip
Nik Shanita dan Hera (1999) dalam kajiannya yang bertajuk “Status pemakanan di kalangan atlet elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel semasa menjalani latihan pusat” menyatakan bahawa ciri fizikal atlet elit bola jaring Sukan Komanwel pada amnya baik jika dibandingkan dengan kajian tempatan lain. Walaubagaimanapun, tiada penerangan yang lebih spesifik tentang ciri fizikal tubuh atlet dinyatakan kerana kajian lebih memfokuskan kepada status pemakanan.
Menurut Johnson dan Nelson (1986), Willian H. Sheldon merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang somatotaip. Beliau dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga perintis-perintis sebelumnya. Sheldon telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri fizikal tubuh badan yang asas iaitu endomorf, mesomof dan ektomorf.
Lazimnya, ciri-ciri fizikal tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan personaliti dan tingkah laku, kesihatan dan prestasi fizikalnya. Pada masa kini, masyarakat mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap kegemukan, kelangsingan dan ketegapan tubuh badan, konsep ini telah membawa kepada asas pembentukan somatotaip (Willgoose, 1961).
Data antropometri dalam sukan bola jaring adalah terhad. Bagaimanapun, Bale dan Hunt (1986) telah membuat satu kajian perkaitan antara antropometri dengan piawai dan posisi permainan. Kebanyakan atlet elit bola jaring adalah tinggi, mempunyai kekuatan, struktur fizikal yang seimbang dan peratus lemak badan yang tinggi (Bale dan Hunt, 1986).
Kajian yang dilakukan mendapati pemain penyerang dan pertahanan lebih tinggi berbanding pemain tengah yang secara signifikannya adalah lebih rendah, mempunyai diameter tulang dan ukur lilit anggota badan (tangan dan kaki) yang lebih kecil. Elliot dan Smith (1983) pula mengkaji hubungan antara ketepatan jaringan gol dengan antropometri yang dipilih dan faktor-faktor biomekanikal. Keputusan yang diperolehi mendapati penjaring yang tinggi, kurang mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat jaringannya.

RUJUKAN

Arthur D. Stewart & Laura Sutton. (2012). Body Composition in Sport, Exercise and Health. New York: Taylor & Francis Group.
James Mourilyan Tanner. (2010). A History of the Study of Human Growth. USA: Cambridge University Press
Noel Cameron. (2002). Human Growth and Development. USA: Academic Press
Robert M. Malina, Claude Bouchard & Oded Bar-Or. (2004). Growth, Maturation, and Physical Activity. USA: Human Kinetics.






No comments:

Post a Comment