Monday 21 January 2013

Nama: Ahmad As Siddique Bin Abdullah
Tajuk:Kematangan
1.    Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kematangan. Ini merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

2.    Hasil Pembelajaran
Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuhkan kandungan pengetahuan tentang pertumbuhan dan pembelajaran motor kanak-kanak;
2. Memahami perkembangan pertumbuhan, kematangan dan kesan pembelajaran motor kanak-kanak;
3. Memahami teori pembelajaran motor dan implikasi perkembangan penguasaan kemahiran;
4. Membezakan pelbagai bentuk maklumbalas, ‘knowledge of result’ dan latihan yang mempengaruhi pembelajaran motor;
5. Berupaya merekabentuk program pembelajaran motor dengan mengambilkira pelbagai bentuk maklumbalas, ‘knowledge of result’, jenis latihan dan perbezaan individu;
6. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan
7. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

3.    Kerangka Konsep Tajuk Ini

4.         Kandungan

6.0       Kematangan/Proses Matang (Maturation )
            6.1       Kematangan Biologi: Konsep Dan Penilaian
·         Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang.Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan perkembangan ke arah keadaan matang.
·         Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biological berbanding umur kronologinya.
·         Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut.
·         Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.

            6.2(a)   Menilai Kematangan Rangka
·         Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status kematangan.
·         Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh.
·         Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal danberkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa.
·         Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, kebentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan antara individu-individu.
·         Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak.
·         Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di atas satu permukaan rata pada plet sinar-X.
·         Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang panjang merangkumi diafisis dan epifisis.
·         Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang kebanyakannya terletak di pergelangan tangan.
·         Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk menentukan kematangan tulang.
·         Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus pada sinar-X,yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang yang terlibat.
·         Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat dewasa.
·         Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-masing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan bentuk karpal dewasa.
·         Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu
o   (i) kaedah Greulich-Pyle,
o   (ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan
o   (iii) kaedah Fels.

            6.2(b)   Menilai Kematangan Seksual
·         Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki)dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan).
·         Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan sepanjang hayat.
·         Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian.
·         Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.
·         Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri – peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan).
·         Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah sukar untuk dinilai.
·         Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi setiap ciri.
·         Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing-masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke 5.
·         Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu
o   (i) kaedah status quo
o   (ii) kaedah retrospective

6.2(c)   Menilai Kematangan Somatik

·         Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data kajian berbentuk longitudinal
·         Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik.
·         Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai penilaian kematangan somatik.
·         Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik.
·         Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa pertumbuhan pesat remaja.
·         Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk,biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot.
·         Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur.

6.3       Salingkaitan Petunjuk / Indikator Kematangan

·         Secara umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik semuanya berkait secara positif antara satu sama lain.
·         Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara seksual akan mencapai ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan pesat, dan sebaliknya.
·         Kematangan rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks sekunder.
·         Min umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat kematangan adalah rapat.
·         Variasi dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada 95% ketinggian matang.
·         Umur rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan kematangan seksual, tetapi keadaan ini akan berubah apabila pertumbuhan pesat dan kematangan seksual remaja bermula.
·         Pertumbuhan prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan pada rangsangan hormon pertumbuhan manakala kematangan seksual, ketinggian dan kematangan rangka di peringkat lewat adalah di bawah rangsangan hormon pertumbuhan dan hormon steroid.
·         Hormon steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan

6.4       Pengaturan Masa Dan Urutan Perubahan Dalam Kematangan Semasa     Remaja

·         Pertumbuhan pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang digunakan untuk kematangan somatik.
·         Kelajuan pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat maksimum dan seterusnya mula menurun.
·         Sesetengah kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan semasa peringkat pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada julat umur yang lazim dalam transisi dari kanak-kanak ke remaja.
·         Perempuan akan matang lebih cepat daripada lelaki.Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam setiap tulang berlaku lebih cepat dalam perempuan berbanding lelaki.
·         Pertumbuhan maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya femur,di ikuti fibula dan tulang-tulang anggota atas.
·         Pertumbuhan ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan pertumbuhan maksimum humerus dan radius.
·         Oleh yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai kaki yang panjang, kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami pertumbuhan pesat lebih awal berbanding anggota atas.
·         VO2 max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas haid dan kemudiannya akan berada di keadaan malar.
·         VO2 max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas haid.
·         Peningkatan VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan saiz badan, dimana penurunan VO2 max relatif pada tempoh ini menunjukkan peredaran oksigen tidak berkembang secepat jisim badan.
·         Perubahan dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak adalah factor signifikan yang mempengaruhi VO2 max relatif semasa kematangan seksual dalam perempuan.
·         Perubahan imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan pesat mungkin mempengaruhi motivasi untuk bertanding.

6.5 (a)  Variasi Berkait Dengan Kematangan Dalam Pertumbuhan

·         Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi masapertumbuhan pesat dan kematangan seksual dapat diperhatikan dengan jelas.
·         Kanak-kanak pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan kematangan awal,normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur semasa haid atau ciri-ciri seks sekunder.
·         Penilaian berdasarkan umur rangka
o   Umur rangka Kategori kematangan
o   Dalam lingkungan 1 tahun umur kronologi Normal Lebih daripada 1 tahun umur kronologi Awal Kurang daripada 1 tahun umur kronologi Lewat
·         Penilaian berdasarkan haid
o   Contoh: Kehadiran haid pada umur 13 tahun
·         Kategori kematangan
o   Antara 12 dan 14 tahun Normal Atas 14 tahun Lewat Bawah 12 tahun Awal
·         Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat berbanding mereka yang normal atau lewat matang.
·         Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja bagi mereka yang matang pada waktu yang berlainan.
·         Kanak-kanak lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil berbanding bahu mereka.
·         Kanak-kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar berbanding bahu mereka.
·         Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki dan perempuan.
·         Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara endomorf dan mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka dalam kanak-kanak berumur antara 9 dan 17 tahun.
·         Korelasi antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12 tahun,menunjukkan pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat remaja.
·         Korelasi antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16 tahun,menunjukkan pengurangan atau kehilangan lemak semasa pertumbuhan.
·         Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di bahagian anggota hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagian abdomen semasa peringkat remaja.
·         Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 12 tahun,dan seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun
·         Korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 15 tahun dan mula menurun pada lewat remaja.
·         Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf yang tinggi.
·         Ektomorf yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau awal dewasa adalah berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau panjang.
·         Mesomorf yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih rendah dan mempunyai kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi pertumbuhan yang pesat.
·         Endomorf prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan pesat tetapi tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang lama.
·         Dalam lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan dan betis meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja, berbanding perempuan.
·         Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat dari umur kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan.
·         Ukuran otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak awal matang (lelaki dan perempuan) adalah besar.
6.5 (b)  Variasi Berkait Dengan Kematangan Dalam Prestasi
·         Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif antara umur rangka dan prestasi.
·         Korelasi antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan adalah lebih tinggi untuk prestasi motor.
·         Oleh itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak lewat matang.
·         Prestasi semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh umur kronologi dan saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status kematangan.
·         Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah dipengaruhi oleh perkaitan antara umur kronologi, umur rangka, dan saiz badan. Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan dengan jelas kesan khusus variasi berkait kematangan dalam penilaian kekuatan dan prestasi motor.
·         Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki adalah positif dan signifikan kepada kematangan rangka.
·         Prestasi motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara signifikan kepada petunjuk kematangan rangka dan seksual.
·         Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status kematangan dalam perempuan semasa remaja.

6.6       Tugasan Terarah

·         Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan kematangan

6.7       Rujukan

·         Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004).Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).
·         Champaign, IL: Human Kinetics.Schmidt, R.A., & Lee, T (2005).Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).
·         Champaign, IL: Human Kinetics.Magill, R.A. (2004).Motor learning and control: Concepts and application  (7th ed.). New York,NY: McGraw-Hill.
·         Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005).The biophysical foundations of human movement (2nd ed.).
·         Champaign, IL: Human Kinetics.Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004).Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to health care application.
·         Champaign, IL: Human Kinetics.Coker, C.A. (2004).Motor learning and control for practitioners.